Thursday, February 27, 2014

Jalan Jalan Masuk Kampung Edisi Malam bersama NGO Wargakilang – Ulu Bakai & Ulu Tawar

Tarikh: 26 Feb 2014
Lokasi: Sekitar sempadan Kulim / Baling, Kedah Darulaman

Pihak PEMBELA sekali lagi berpeluang mengikuti satu program amal anjuran NGO Wargakilang (JJMK BKRM). Aktiviti berbentuk pemberian sumbangan harian kepada 50 keluarga penduduk kampung yang miskin & daif. Sumbangan pakaian terpakai juga diadakan pada sesi lawatan kali ini.

Aktiviti kali ini membawa konvoi menjelajah ke pedalaman kawasan Kg Ulu Bakai & Kg Ulu Tawar yang terletak di antara sempadan daerah Kulim & Baling, Kedah Darulaman.

Program bermula sekitar jam 8.30 malam dan berakhir sekitar hampir 12.00 tengahmalam. Terima kasih buat semua yang terlibat.

Disediakan oleh:
SukriKamis
Team PEMBELA

No comments:

Related Posts with Thumbnails