Saturday, October 8, 2011

Ringkasan Bajet 2012



RINGKASAN BAJET 2012
1. Antara tahun 2011-2020, kesemua program transformasi akan dilaksanakan di bawah Dasar Transformasi Nasional.

2. Bajet 2012 sediakan peruntukan RM232.8 bilion untuk melaksanakan semua rancangan Kerajaan.

3. RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus & RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

4. RM29.8 bilion disediakan untuk pelaburan dalam infrastruktur, perindustrian, pertanian & pembangunan luar bandar.

5. RM13.6 bilion disediakan untuk sektor sosial, termasuk pendidikan & latihan, kebajikan, perumahan serta pembangunan msykt.

6. Defisit Kerajaan Persekutuan dijangka terus berkurangan kepada 4.7% daripada KDNK, berbanding 5.4% tahun ini.

7. Tema Bajet 2012 ialah “Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”.

8. Rolling Plan Ke-2 (RP2) bagi RMK10 akan dilaksanakan tahun ini & diperuntukkan RM98.4 billion untuk tahun 2012 & 2013.

9. Projek utama RP2 termasuk Lebuhraya Pantai Timur Jabor-Kuala Terengganu & pembinaan jalan Kota Marudu-Ranau.

10. Pada 2012, Kerajaan akan peruntuk RM978 juta untuk merancakkan pembangunan di 5 wilayah koridor.

11. Peneroka FELDA akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan.

12. Pengecualian sepenuhnya duti import & duti eksais bagi mengimport kereta hibrid & elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

13. Kerajaan peruntukkan RM100juta untuk inovasi termasuk memperkenalkan Anugerah Cipta 1Msia (C1PTA) utk iktiraf rekacipta pelajar.

14. Sektor pendidikan akan dapat RM50.2billion untuk melahirkan tenaga kerja berbakat, kreatif & inovatif.

15. Buat pertama kalinya, Kerajaan akan mansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah2 kerajaan.

16. RM90juta akan diberi untuk penyediaan kemudahan asas Orang Asli termasuk memperluas projek bekalan air terawat.

17. 600,000 pesara kerajaan akan dapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun.

18. Mulai 2012, kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.

19. Dalam skim baru mengikut time-based, guru akan dapat gred 44 pd tahun ke-8 & gred 48 pd tahun ke-16.

20. Kerajaan akan tawar bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam, termasuk 5,000 peluang ijazah sarjana & 500 kedoktoran falsafah.

21. Satu program khas akan diperkenalkan utk 175,000 anggota tentera yang tidak layak menerima pencen.

22. Kerajaan kenang jasa polis khas & polis tambahan masa zaman darurat, akan beri RM3,000 kepada setiap bekas anggota serta duda & balu mereka.

23. Dasar Agro Makanan Negara 2011-2020 akan dilaksana & RM1.1biliion akan diperuntukkan untuk  pembangunan sektor pertanian.

24. Segala subsidi, insentif & bantuan berjumlah RM33.2billion akan diteruskan dalam semangat “Rakyat Didahulukan”.

25. KAR1SMA akan memberi manfaat kpd 500,000 rakyat, dgn membantu ringankan beban sara hidup.

26. Bagi Skim Rumah Pertamaku, had maksimum harga rumah akan dinaikkan kepada RM400,000 daripada RM220,000.

27. Kerajaan akan terus melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPP) di seluruh negara dengan membina 75,000 unit rumah mampu milik.

28. Program Rumah Mesra Rakyat (SPNB) akan diteruskan. SPNB diminta membina 10 ribu unit Rumah Mesra Rakyat pada tahun 2012.

29. RM63 juta untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai. RM40 juta untuk baik pulih dan menyelenggara rumah kos rendah awam dan swasta.

30. Kerajaan akan wujudkan Tabung Khas Perumahan Nelayan RM300juta untuk bina & baik pulih rumah.

31. Perkhidmatan kesihatan akan diperuntukkan RM15 billion untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.8billion untuk pembangunan.

32. Hospital akan dinaiktaraf & dibina, kerajaan juga akan tambahbaik 81 klinik kesihatan luar Bandar & buka 50 klinik 1Msia.

33. Hospital Kuala Lumpur (HKL), hospital tertua di Malaysia akan dinaiktaraf menjadi sebuah hospital primer dengan sebuah sayap baru untuk rawatan pesakit luar.

34. Skim Amanah Rakyat (SARA 1Msia) akan memanfaatkan 100,000 isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

35. Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan akan memastikan setiap individu yg didakwa di mahkamah akan diberi bantuan guaman percuma.

36. RM15juta akan diperuntukkan untuk bina gelanggang futsal agar matlamat “Satu Gelanggang Satu Mukim” dapat dicapai.

37. Warga emas berumur 60 tahun ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital & klinik kesihatan.

38. Rancangan Tebatan Banjir akan dilaksanakan di Perlis, Perak dan Johor untuk bantu 4 juta penduduk yg masih tinggal di kawasan berisiko.

39. Bantuan sebanyak RM500 akan diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

40. Kakitangan kerajaan akan dapat tambahan bonus setengah bulan gaji & bayaran bantuan RM500 kepada pesara kerajaan.

Sumber:
1) email
2) www.harrazdani.blogspot.com
3) www.sukakereta.blogspot.com

No comments:

Related Posts with Thumbnails