Friday, October 28, 2011

Majlis Tahlil untuk arwah Adik Nur Azreen Damia [Menderita Sakit Pundi Kencing Terkeluar]

Tarikh: 22hb Oktober 2011
Tempat: Singkir, Kedah

Program ini pada mulanya dirancang sebagai projek bantuan serta pemberian adik Nur Azreen Damia yang menderita sakit pundi kencing terkeluar.

Namun semasa dalam fasa mencari dana serta bantuan sedang rancak dijalankan, kami pihak PEMBELA telah mendapat berita yang adik Azreen Damia telah meninggal dunia sebelum sempat kami menyerahkan sumbangan.

Justeru itu, kami telah mengadakan satu majlis tahlil untuk arwah adik Nur Azreen dan lebihan sumbangan telah kami serahkan kepada keluarga arwah.

Majlis turut dihadiri oleh rakan rakan dari Northern Persona Owner Club (NPOC), Kelab Kereta Lama (KKL Utara) dan penduduk sekitar.

Kredit kepada penyumbang:
- Pekerja Osram Opto Semiconductors (M) Sdn Bhd, Penang
- Pekerja Agilent Technologies (M) Sdn Bhd, Penang
- Ahli ahli PEMBELA
  (www.pembelasp.blogspot.com)
- Smart e-Book Library
  (Islamic-ebook-subscribe@yahoogroups.com)
- Nusantara Bikers Club
  (www.nusantarabikersclub.com)
- Shaza Katering
  (www.shazakatering.blogspot.com)
- Northern Persona Owner Club (NPOC)
- Kelab Kereta Lama (KKL Utara)
- Individu perseorangan, rakan rakan serta kenalan rapat

Sedikit gambar untuk tatapan. Untuk lebih banyak foto, sila layari FACEBOOK PEMBELA.

 
 
 
 
 
 

No comments:

Related Posts with Thumbnails