Sunday, July 24, 2011

Program "Pesta Kambing Panggang 2011"

Program: Pesta Kambing Panggang
Tarikh: 23hb Julai 2011
Tempat: Pantai Jambatan Pulau Pinang

Satu program santai anjuran "Geng Meja Panjang PEN1" dengan kerjasama PEMBELA serta bantuan dari rakan rakan "Geng Meja Bulat PEN1".

Terima kasih buat semua yang hadir. Pelbagai juadah disediakan dengan menu utamanya adalah BBQ kambing. Di samping itu juga terdapat BBQ ayam, sate serta ikan panggang.

Sekalung penghargaan buat penganjur program yang diterajui oleh Encik Jaafar dan En. Halim Lebai. Tak lupa juga buat para penaja (Encik Vellu, Encik Haron, Encik Wan Aziz, Encik Yoga serta Encik Omar Ali) yang memberi sumbangan bagi menjayakan program ini. Setinggi ucapan terima kasih juga buat para peserta yang membawa barangan makanan sampingan.

Program juga diserikan dengan acara cabutan bertuah di mana hadiahnya amat menceriakan.

Sedikit gambar untuk tatapan. Untuk lebih banyak gambar, sila layari FACEBOOK PEMBELA.
Juadah program ini disediakan oleh Shaza Katering yang turut sama memberi sumbangan untuk program ini. Shaza Katering menawarkan khidmat penyediaan makanan untuk program program BBQ (kambing, ayam, daging dan lain lain) selain makanan makanan lain.

Jika sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat Shaza Katering, boleh menghubungi Encik Sharuddin di talian: 016 4526183 samada untuk majlis santai, majlis akikah, kenduri doa selamat dan sebagainya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails