Sunday, March 27, 2011

Program Penajaan Pendidikan PETRONAS untuk lepasan SPM 2010

SYARAT MEMOHON
  • Calon-calon mestilah menggunakan keputusan SPM 2010.
  • Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
  • Calon-calon mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2011.
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.

CARA MEMOHON:
  • Permohonan mestilah dibuat secara dalam talian melalui laman web ini sahaja.
  • Sila baca dengan teliti Panduan Memohon dan Panduan Mengisi Borang.
  • Untuk muat turun, sila klik Panduan Memohon dan Panduan Mengisi Borang di laman Borang Permohonan.
Bagi permohonan Penajaan Pendidikan PETRONAS ke Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), pemohon dikehendaki mengisi 2 borang :-
i) Kemasukan ke UTP di laman web http://www.utp.edu.my
DAN
ii) Program Penajaan Pendidikan PETRONAS ke UTP di laman ini.

Sekiranya anda tidak berbuat demikian,permohonan anda tidak akan diproses.Unit Penganjuran Pendidikan PETRONAS akan menyemak status permohonan anda ke UTP melalui Unit Kemasukan Pelajar UTP.

Bagi permohonan Penajaan Pendidikan PETRONAS ke Universiti Luar Negara / Kampus Cawangan di Malaysia, pemohon dikehendaki mengisi borang di laman ini.Ibu bapa boleh memohon bagi pihak pelajar yang sedang mengikuti kursus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) atau berada di luar Negara. Pemohon yang berjaya disenaraipendek akan melalui proses peringkat akhir di PETRONAS EduQuest Camp.

MAKLUMAT TAMBAHAN:
Pemohon yang disenaraipendek akan dipanggil untuk melalui proses penilaian di PETRONAS EduQuest Camp pada bulan April 2011. Proses pemilihan terakhir akan dibuat selepas PETRONAS EduQuest Camp.Keputusan tawaran penajaan akan dimaklumkan pada bulan Mei 2011.

Permohonan secara dalam talian dibuka mulai 9.00 pagi, 23 Mac 2011.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 5.00 petang, 1 April 2011.

UNTUK MEMOHON, SILA KLIK BORANG PERMOHONAN.

Maklumat Lanjut: KLIK SINI

No comments:

Related Posts with Thumbnails