Sunday, March 6, 2011

Program Motivasi "Cintaku Masih Rapuh"

Tarikh: 05hb Mac 2011
Tempat: Sekolah Kebangsaan Haji Omar Tahir, Kg Pengkalan Bujang, Sungai Petani, Kedah.

Terima kasih kepada rakan penganjur, Belia 4B(M) Kawasan Merbok kerana sudi menjemput PEMBELA menyertai program ini. PEMBELA secara khususnya telah memberi sumbangan berbentuk pembukaan akaun simpanan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kepada 10 orang anak anak yatim disamping pemberian hamper barangan kepada anak anak yatim tersebut.

Tidak lupa juga buat pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Haji Omar Tahir atas kerjasama yang diberikan. Majlis dirasmikan oleh Dato' Tajul Urus bin Mat Zin dan majlis juga turut dihadiri oleh rakan rakan Pemuda. Tahniah juga buat rakan Belia 4B (M) Kg Pengkalan Bujang kerana berjaya mengelolakan majlis dengan jayanya. Dan sekalung penghargaan juga buat Saudara Dr Mohd Hizul Azri B. Haji Md Noor atas ceramah motivasi yang diberikan. Moga moga kita semua mendapat manfaat dari program ini. Sekian terima kasih.

Sedikit gambar untuk tatapan. Untuk lebih banyak gambar, sila layari FACEBOOK PEMBELA.






No comments:

Related Posts with Thumbnails