Sunday, November 14, 2010

Bantuan untuk Mangsa Banjir, Kedah

Nama Program: Ekspedisi Bantuan untuk Mangsa Banjir
Tarikh: 14th November 2010
Lokasi: Kampung Longgok Pasir, Kepala Batas, Alor Setar, Kedah

Sekalung penghargaan kepada Kumpulan Wargakilang.com yang telah memberi kerjasama dan juga memberi peluang kepada PEMBELA untuk menyertai ekspedisi ini. Tidak lupa juga buat rakan rakan Pemuda Merbok yang singgah sebentar menjenguk konvoi PEMBELA ke ekspedisi ini.

PEMBELA juga ingin rakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang ikhlas menyumbang tanpa mempersoalkan aspek agama mahupun bangsa terutamanya dari ahli ahli PEMBELA, termasuk rakan sekerja dari Osram (Penang), Konsortium Sdn Bhd (Gurun), Agilent Technologies (Penang) dan juga rakan rakan belia dari Gerakan Belia 4B, Merbok. Tidak dikecualikan juga buat rakan rakan individu lain yang berada di seluruh negara yang turut menyumbang. Sumbangan anda semua amatlah dihargai dan moga moga dengan sumbangan ini serba sedikit dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir.

Sedikit gambar dari ekspedisi tersebut. Sila layari Facebook PEMBELA untuk lebih banyak foto.

No comments:

Related Posts with Thumbnails