Sunday, August 29, 2010

Sekitar Program "Kami Prihatin"

Program: Kami Prihatin
Tempat: Rumah Anak Yatim Kampung Che Bema, Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah
Tarikh: 28 Ogos 2010

Syukur alhamdulillah program telah selesai dan berjalan dengan lancar. Program yang disertai oleh 13 kelab dan pertubuhan dan salah satunya adalah PEMBELA. Jumlah hadirin adalah dianggarkan melebihi dari 500 orang. Program dirasmikan oleh Dato' Tajul Urus bin Mat Zin, Penyelaras Parlimen Merbok.

Tahniah dan syabas kepada semua warga PEMBELA atas kerjasama yang diberikan.

Dan sekalung penghargaan kepada saudara Nazrul, Awie, Bangchik, Anuar, wakil dari Kg Sg Layar Hujung (Pakcik Not dan Badri Saad), Abg Man, Abg Hashim serta rakan rakan penyelaras program yang bertungkus lumus dalam merealisasikan dan melaksanakan program ini dengan jayanya termasuk dalam menyediakan juadah berbuka puasa untuk kesemua hadirin yang hadir.

Tak lupa juga buat penyelia dan kakitangan asrama anak yatim yang memberi sepenuh kerjasama dan membantu dalam menjayakan program ini.

Akhir sekali, PEMBELA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang menyumbang termasuk rakan rakan dari Osram, Agilent, KLMU, KFC, kenalan kenalan rapat serta individu yang lain. Semoga usaha murni dan keprihatinan anda semua mendapat rahmat dari ALLAH. InsyaALLAH :)

Sedikit gambar dari program tersebut. Sila layari Facebook PEMBELA untuk lebih banyak foto.

No comments:

Related Posts with Thumbnails