Tarikh: 07 September 2013
Lokasi: Kg Bukit Inas, Semeling, Kedah
Pada hari Sabtu 7hb Sept yang lepas, satu projek komuniti telah dijalankan oleh pihak NGO Pembela. Projek yang dinamakan Projek Komuniti Semeling 2013 itu bertujuan untuk membaikpulih bumbung rumah seorang warga daif yang tinggal di Kg Bukit Inas, Semeling, Kedah. Selain itu, aktiviti gotong-royong ini juga bertujuaan menurap jalan masuk dengan batu kerikil dan membersih kawasan sekitar.
Berdasarkan tinjauan sebelum ini, latarbelakang penghuni ialah seorang warga daif bernama Puan Che Munen Abdullah (59 tahun) yang tinggal seorang diri. Beliau tiada sumber pendapatan tetap dan hanya berharap bantuan ehsan jiran-jiran terdekat. Hasil pendapatannya bergantung kepada tanaman kampung seperti kunyit serta serai dan berjumlah hanya sekitar RM10.00 seminggu.
Para sukarelawan telah berkumpul di Restoren Shima, Taman Lembah Bujang (berhadapan MRSM Merbok) seawal jam 8.00 pagi. Setelah selesai bersarapan tepat jam 8.30, mereka bertolak ke lokasi. Keadaan hujan yang berlarutan sejak 2 hari sebelum aktiviti telah menyebabkan jalan masuk ke lokasi dipenuhi air dan selut. Bagaimanapun, dengan bantuan seorang rakan, isu ini dapat diatasi apabila sebuah 'back-hoe' digunakan untuk membawa segala bahan binaan seperti kepingan zink dan kayu ke kediaman Puan Che Munen.
Cuaca yang baik pada hari tersebut telah sama membantu kelancaran aktiviti. Alhamdulillah, pada jam 5.30 petang, semua kepingan zink di bahagian utama kediaman telah berjaya digantikan. Jalan masuk juga semakin bertambah baik apabila 'back-hoe' yang digunakan telah berjaya menurap sebahagian besar jalan dengan baru kerikil. Adalah diharapkan, dengan keadaan rumah dan jalan masuk yang semakin baik, tahap kehidupan Puan Che Munen juga akan bertambah selesa.

Disediakan oleh:
Azhan Jamaludin
Team PEMBELA
No comments:
Post a Comment