Thursday, February 21, 2013

Eksplorasi Gua Tempurung 2013

Tarikh: 16 Feb 2013
Tempat: Gua Tempurung, Perak

Aktiviti riadah anjuran PEMBELA dengan kerjasama Kor Kesihatan DiRaja 6Briged ATM, Skuad 1Malaysia AADK Kuala Muda, Majlis Belia Daerah Kuala Muda, Hiker-Trekkers United, Geng Semut Hitam

Aktiviti bermula seawal jam 7.00 pagi bermula di Hentian RnR Juru. Sebanyak 44 orang peserta telah mengikuti aktiviti eksplorasi ini. Konvoi mula bergerak sekitar jam 7.30 pagi dan di iringi oleh ambulans beserta pasukan paramedik daripada Kor Kesihatan DiRaja 6Briged ATM. 

Konvoi kemudian berhenti minum pagi di Hentian Bukit Gantang dan seterusnya tiba di lokasi Gua Tempurung sekitar jam 10.15 pagi. 

Kemudian peserta diberikan taklimat ringkas dari pihak penganjur serta ucapan ucapan dari setiap wakil kumpulan. Seterusnya memulakan eksplorasi sekitar jam 11.00 pagi dan berakhir sekitar jam 4.00 petang.

Di kesempatan ini, pihak PEMBELA ingin merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang diberikan termasuk sokongan ambulans & pasukan paramedik dari Angkatan Tentera Malaysia, cenderahati sumbangan Skuad 1Malaysia AADK Kuala Muda, sumbangan makanan & minuman ringan dari Majlis Belia Daerah Kuala Muda serta sokongan dari semua peserta yang terdiri dari ahli PEMBELA, Geng Semut Hitam, Hikers-Trekkers United serta individu perseorangan.

Tahniah dan syabas buat semua yang terlibat!





No comments:

Related Posts with Thumbnails