Tarikh: 24hb Jan 2013
Tempat: Kg. Sg. Layar Hujung, Sungai Petani, Kedah
Bersempena cuti umum yang lalu, pihak PEMBELA berkesempatan menziarahi sebuah rumah yang didiami oleh warga emas yang uzur.
Pak Hashim, berusia 73 tahun tidak mampu berjalan dan tinggal bersama isteri yang hanya bekerja kampung. Mereka juga mempunyai seorang anak lelaki berusia 35 tahun yang dikategorikan sebagai OKU dan menghadapi komplikasi penyakit mental.
Pada sessi ziarah kali ini, pihak PEMBELA telah menyerahkan sebuah kerusi roda untuk kegunaan Pak Hashim berserta dengan sedikit barangan keperluan harian.
Untuk makluman, projek sumbangan kerusi roda tersebut adalah sebahagian projek jangkasama panjang dan berterusan yang kami usulkan kepada sahabat sahabat kami yang ingin membuat amal. Kerusi roda ini adalah wakaf dari sahabat kami yang meminta kami menyerahkan kepada yang memerlukan.
Kerusi roda tersebut sebelum ini telah kami serahkan kepada Tok Mek yang menderita sakit barah usus (http://pembelasp.blogspot.com/2013/01/ziarah-tahun-baru-sumbangan-kerusi-roda.html), namun Tok Mek hanya sempat menggunakan kerusi roda tersebut dalam masa yang singkat kerana Tok Mek telah pun meninggal dunia pada dua minggu yang lepas. Kemudian waris Tok Mek telah menyerahkan kembali kerusi roda tersebut kepada pihak kami kerana pihak mereka sudah tidak memerlukan lagi kerusi roda tersebut. Dan kami kemudian telah membuat keputusan untuk menyerahkan kerusi roda tersebut kepada Pak Hashim.

Buat semua sahabat sahabat yang mempunyai kerusi roda yang sudah tidak digunakan lagi dan dalam berkeadaan baik, boleh menghubungi kami jika berhajat untuk mewakafkan kerusi roda tersebut dan insyaALLAH kami akan menyerahkan kerusi roda tersebut kepada pihak yang memerlukannya.
Pada sessi jalan jalan hari cuti umum itu juga, kami sempat singgah di sebuah rumah seorang pesakit stroke dan menyerahkan sedikit sumbangan berbentuk barangan harian.
No comments:
Post a Comment