Tuesday, August 14, 2012

Kembara Sahur 2012

Tarikh: 12hb Ogos 2012
Tempat: Sekitar kawasan Sungai Petani, Kedah

PEMBELA telah menganjurkan satu kembara sahur dengan fokus utama penerima adalah golongan pengawal keselamatan (security guard) sekitar kawasan Sg Petani. Penerima sumbangan yang terdiri dari pengawal keselamatan untuk sekolah, institusi pengajian, jabatan serta agensi kerajaan telah menerima sumbangan berbentuk makanan sahur serta minuman.

Kembara juga telah ditemani oleh rakan rakan dari Kelab Kereta Lama (Utara), Wira Aeroback Club Malaysia (WACM) serta krew Bangchik Burger Sg Layar. Turut menyertai kembara adalah rakan rakan dari Gelanggang Gayong Sg Layar dan di temani oleh saudara Anuar Ahmad (Pengerusi Kelab Sukan Komuniti Tanjung Dawai) hingga ke destinasi terakhir program. Sebanyak 100 set makanan dan minuman telah diagihkan kepada penerima yang terpilih.

Semasa perjalanan, kembara juga sempat ditemani oleh Dato Tajul Urus (penaung Belia 4B Kaw. Merbok) dan saudara Shaiful Hazizy (Pengerusi Belia 4B Kaw. Merbok) hingga ke beberapa 2 - 3 lokasi.

Kembara bermula jam 12.00 tengah malam dan berakhir sekitar 3.30 pagi. Akhir sekali, terima kasih buat semua yang terlibat serta kerjasama yang diberikan.

 
 

 
 
 
 
 

 
 
 

No comments:

Related Posts with Thumbnails