Friday, February 17, 2012

Kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan Sesi 2012-2014 dan Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2012-2013 di Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN)

Dimaklumkan bahawa Bahagian Latihan Perhutanan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia akan membuat pengambilan pelatih untuk mengikuti Kursus Sijil Perhutanan Renjer Hutan Sesi 2012-2014 dan Kursus Sijil Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2012-2013 di Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN). Calon-calon yang layak adalah dipelawa untuk memohon bagi mengikuti kursus ini. Syarat-syarat kelayakan permohonan dan maklumat berkenaan kursus ini terdapat dalam iklan yang dipaparkan.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 26 Mac 2012 (Isnin). Borang permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan. Calon yang tidak menerima apa-apa jawapan daripada FORTRAIN selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya.
 
Maklumat Lanjut / Borang Permohonan: KLIK SINI

No comments:

Related Posts with Thumbnails