Friday, June 17, 2011

Program "Teratak Segunung Harapan"


Nama program: Teratak Segunung Harapan
Tarikh: 17hb Jun 2011
Lokasi: Kg Sg Layar Hujung & Kg KEDA, Sungai Petani, Kedah

Syukur majlis berjalan lancar bersempena projek amal yang dilancarkan hampir sebulan yang lalu. Projek amal yang dianjurkan PEMBELA pada mulanya mensasarkan projek untuk membina sebuah rumah kediaman untuk keluarga Abg Shamsul. Pihak PEMBELA bertungkus lumus mencari sumber dana dan barang sumbangan bagi membiayai projek ini.

Akhirnya projek yang dilancarkan oleh pihak PEMBELA mendapat perhatian yang serius dari pemimpin setempat iaitu YBhg Dato Haji Tajul Urus. Beliau selaku penyelaras Parlimen Merbok berusaha bersungguh sungguh dan beliau akhirnya berjaya mendapatkan sebuah rumah KEDA (projek PPRT) bagi membantu keluarga Abg Shamsul. Kami dari pihak PEMBELA amat terharu dan amat berterima kasih atas keprihatinan beliau membantu kami dalam melaksanakan projek amal ini.

Program hari ini adalah program gotong royong membantu memindahkan keluarga Abg Shamsul ke rumah yang baru. Program ini juga adalah bagi meraikan majlis penyerahan kunci rumah KEDA kepada keluarga Abg Shamsul. Majlis disempurnakan oleh YBhg Dato Haji Tajul Urus serta turut dihadiri oleh pegawai pegawai KEDA (Lembaga Kemajuan Negeri Kedah).

PEMBELA juga berjaya menyelaraskan sumbangan berbentuk peralatan rumah seperti tilam, almari, dapur gas serta tikar getah. Dan pihak PEMBELA juga membuat sumbangan berbentuk pembukaan akaun simpanan Tabung Haji buat kesemua 5 orang anak Abg Shamsul berserta sejumlah wang tunai.

Di kesempatan ini juga, kami dari pihak PEMBELA ingin merakamkan ucapan terima kasih buat semua rakan rakan dari Gerakan Belia 4B (Merbok) terutamanya Encik Rosnawi (Awie) serta saudara Rizal (Jan Kato) kerana banyak membantu kami dari pagi hingga ke malam bagi menjayakan program ini. Tidak ketinggalan buat saudara BangChik Sg Layar serta Ayah Am atas sokongan yang diberikan.

Tidak lupa juga buat wakil penduduk setempat Kg Sg Layar Hujung yang terdiri daripada Pakcik Not, Encik Badri, PakLang Yahya serta penduduk kampung KEDA atas kerjasama yang diberikan. Setinggi tinggi penghargaan buat penyelaras projek, saudara Nazrulnizam (Own) yang berkerja kuat kadang kadang hingga ke lewat malam bagi menjayakan projek ini.

PEMBELA juga ingin merakamkan terima kasih buat rakan rakan dari Smart eBook Library di mana pengasasnya iaitu Encik Mohamed Yasir kerana sudi turut serta menghadiri program ini. Dan buat rakan rakan PEMBELA yang datang dari sekitar Pulau Pinang serta Sungai Petani, terima kasih kami ucapkan kerana hadir bagi memeriahkan majlis.

Akhir sekali, PEMBELA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang menyumbang termasuk rakan rakan dari Osram Penang, Agilent Technologies Penang, Smart eBook Library, kenalan kenalan rapat serta individu yang lain. Semoga kita semua mendapat rahmat dari usaha murni ini.

Kredit untuk semua penyumbang:
  • Dato Hj Tajul Urus B. Hj Mat Zain (Penyelaras Parlimen Merbok)
  • Pekerja Osram Opto Semiconductors (M) Sdn. Bhd,
  • Penang Pekerja Agilent Technologies (M) Sdn Bhd, Penang
  • Ahli ahli PEMBELA (www.pembelasp.blogspot.com)
  • Ahli ahli Smart e-Book Library (Islamic-ebook-subscribe@yahoogroups.com)
  • Hajat Enterprise Sungai Petani
  • Rakan rakan serta kenalan rapat

Sedikit gambar untuk tatapan. Untuk lebih banyak gambar, sila layari FACEBOOK PEMBELA (KLIK SINI).


No comments:

Related Posts with Thumbnails