Thursday, July 12, 2012

Sukarelawan Georgetown Festival 2012 - Live Heritage (Hidup Warisan)

Tarikh: 07hb Julai 2012
Tempat: Georgetown, Pulau Pinang

Pihak PEMBELA telah menghantar beberapa individu untuk menjadi sukarelawan bagi membantu persembahan serta pertunjukan untuk Georgetown Festival 2012, iaitu satu program tahunan negeri Pulau Pinang sempena meraikan Georgetown sebagai salah satu bandar warisan dunia yang mendapat pengiktifrafan daripada UNESCO.

Pelbagai program menarik telah disediakan antaranya persembahan keroncong, tarian tradisional Sri Lanka, boria termasuklah pertunjukan tarian dan nyanyian dari Baba & Nyonya. Acara persembahan bermula sekitar jam 5.30 petang dan berakhir sekitar 11.00 malam. 

Terima kasih dan syabas buat semua sukarelawan PEMBELA yang terlibat dan memberi sokongan dalam melancarkan perjalanan acara tahunan tersebut.

 
 
 
 
 
 

No comments:

Related Posts with Thumbnails