Tarikh: 30hb Jun 2012
Tempat: Persisiran Pantai Tanjung Dawai, Kedah Darulaman
Program 'Hari Terbuka PEMBELA & GKKnK' bertemakan 'Mengimbau Kenangan Nostalgia Sukan' berlangsung dengan jayanya dan penuh meriah serta turut diserikan dengan pelbagai acara sukan tradisional seperti main
guli, tarik upih, baling kasut, boling kepala serta beberapa siri sukan
moden termasuklah gusti lengan.
Program berlangsung seawal jam 9.00pagi sehingga lewat petang dan berlanjutan hingga ke tengah malam. Program dihadiri lebih 300 pelbagai jenis kereta serta hampir 300 motosikal. Jumlah pengunjung secara kasar dianggarkan melebihi 700 orang.
Terdapat juga beberapa siri pameran oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysis (SKM), AADK Kuala Muda, IKM Sungai Petani serta pemeriksaan kesihatan dan kempen derma darah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Di kesempatan ini, pihak PEMBELA ingin merakamkan setinggi tinggi tahniah dan ucapan terima kasih kepada kesemua yang terlibat samada secara langsung atau secara tidak langsung dalam menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada GKKnK (Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah) atas komitmen yang diberikan dalam merealisasikan program ini.
Ucapan terima kasih juga buat Dato Tajul Urus (Penyelaras Parlimen Merbok), saudara Shaiful Hazizy (Pengerusi Belia 4B (M) Kawasan Merbok), saudara Anuar Ahmad (Pengerusi KSK Tanjung Dawai) serta saudara Rosnawi Zenon (Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Muda) kerana sudi hadir serta merasmikan program ini.
Dan akhir sekali, setinggi tinggi penghargaan buat kesemua penaja penaja yang terlibat dalam membantu merealisasikan serta menjayakan program ini.
No comments:
Post a Comment