Tarikh: 06hb Februari 2012
Tempat: Hospital Gleaneagles Medical Centre, Pulau Pinang
PEMBELA baru baru ini mendapat berita mengenai seorang bayi berusia tidak sampai sebulan yang menderita penyakit jantung (congenital heart disease).
Menurut sumber maklumat, bayi berkenaan memerlukan lebih kurang RM50,000 bagi membiayai kos pembedahan jantung.
Dan pada 06h Februari 2012, pihak PEMBELA telah berkesempatan menziarahi adik Muhammad Akyd Fayyadh yang berada di Hospital Gleaneagles Medical Centre (Pulau Pinang).
Ketibaan PEMBELA disambut bapa mangsa, Encik Ahmad Nazim Bin Hashim berserta isteri. PEMBELA difahamkan adik Muhammad Akyd Fayyadh sudah menjalani pembedahan awal dan keadaan adik Muhammad Akyd Fayyadh juga semakin stabil serta sudah dibenarkan keluar dari hospital.
Pada lawatan ini juga, pihak PEMBELA telah menyerahkan sumbangan yang telah diwakilkan kepada pihak PEMBELA. Sumbangan adalah berbentuk wang tunai sejumlah RM2250.30 berserta hamper barangan bayi.
Namun kami difahamkan, anak beliau masih memerlukan rawatan serta pembedahan lanjutan dan ia menelan kos yang tinggi.
Sehubungan dengan itu kepada yang berhajat untuk menyalurkan bantuan, boleh menghubungi bapa mangsa, Encik Ahmad Nazim Bin Hashim (012-5140354) untuk maklumat lanjut.
Di kesempatan ini, pihak PEMBELA juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyumbang penyumbang yang prihatin dengan keadaan adik Muhammad Akyd Fayyadh.
Kredit kepada semua penyumbang:
- Ahli ahli PEMBELA
- Pekerja Osram Opto Semiconductors (M) Sdn Bhd, Penang
- Ahli ahli Northern Persona Owners Club (NPOC)
- Ahli ahli Smart e-Book Library
- Syarikat EV2000
- Pekerja Linear Semiconductor Sdn Bhd, Penang
- Rakan rakan serta kenalan rapat

No comments:
Post a Comment