Saturday, August 11, 2012

Majlis berbuka puasa bersama anak yatim Rumah Bakti, Kepala Batas

Tarikh: 10hb Ogos 2012
Tempat: Rumah Kanak Kanak Bakti, Kepala Batas, Pulau Pinang

Pihak PEMBELA menyertai satu majlis berbuka puasa anjuran rakan rakan dari Entegris (M) Sdn. Bhd. Majlis juga dihadiri oleh rakan rakan dari Jom Ronda Ronda Cari Makan D'Utara (JRRCMDU).

Pada majlis ini, pihak PEMBELA turut menyerahkan sedikit sumbangan buat anak anak yatim sempena hari raya yang akan menjelang kelak.

Akhir sekali, terima kasih buat semua yang terlibat.
 
 
 
 
 

Thursday, August 9, 2012

Banner: Kembara Emas Ramadhan 2012


Tuesday, August 7, 2012

Lawatan & Sumbangan kepada anak yatim Al-Munirah, Gurun, Kedah

Tarikh: 06hb Ogos 2012
Tempat: Rumah Anak Yatim Al - Munirah, Gurun, Kedah Darulaman

PEMBELA dengan kerjasama syarikat Ilham Jurutera Sdn Bhd, Sungai Petani telah melakukan lawatan ke rumah anak yatim Al - Munirah yang terletak di Gurun, Kedah Darulaman.

Pada sessi lawatan ini, PEMBELA turut serta menyerahkan sedikit sumbangan untuk anak anak yatim yang berjumlah 29 orang.

Di kesempatan ini, pihak PEMBELA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat Ilham Jurutera Sdn Bhd kerana memberi peluang kepada PEMBELA untuk turut serta dalam program lawatan ini.






Kembara Mini Ramadhan 2012

Tarikh: 05hb Ogos 2012
Tempat: Sekitar Kg. Huma & Semeling, Kedah Darulaman

Pihak PEMBELA melakukan lawatan ringkas sambil menyampaikan sumbangan kepada beberapa keluarga miskin sekitar kawasan setempat. Sumbangan adalah berbentuk barangan harian bersempena bulan Ramadhan. Moga moga dengan sumbangan ini serba sedikit dapat meringankan beban yang ditanggung oleh golongan terbabit.

 
 
 
 

Tokwan Saad
Berusia lewat 80an, tinggal seorang diri dan mendiami rumah yang dibina atas dasar ehsan. Menurut tokwan Saad, tanah kediaman beliau telah diambil oleh pihak pemaju projek sarang burung. Pihak pemaju yang masih gagal menghalau tokwan Saad keluar dari kawasan tersebut telah menyediakan sedikit ruang cukup cukup untuk sebijik rumah kecil. Rumah yang menurut tokwan Saad dibina atas bantuan kerajaan tidak mempunyai bekalan elektrik. Kami difahamkan, tokwan Saad yang tinggal sebatang kara hanya bergantung kepada bantuan orang ramai serta JKM untuk menyara hidup.
Di usia lewat sebegini, tokwan Saad terpaksa berjuang seorang diri untuk terus meniti sisa sisa hidup. Rumah yang terpencil ini jarang dikunjungi orang dan tokwan Saad terpaksa menaiki basikal ke pekan terdekat (dalam 3km) untuk membeli barang harian sekiranya perlu.

 
 
 
Kepada sesiapa yang ingin menziarahi tokwan Saad, boleh hubungi kami untuk kami tunjukkan jalan.

Kredit untuk semua penyumbang:
  • ahli ahli PEMBELA
  • Pekerja Osram Opto Semiconductors (M) Sdn Bhd, Penang
  • Pekerja Eko-Teknik Sdn Bhd
  • Orang perseorangan
  • Rakan rakan serta kenalan rapat

Monday, August 6, 2012

Related Posts with Thumbnails