Tempat: Sekitar Kg. Huma & Semeling, Kedah Darulaman
Pihak PEMBELA melakukan lawatan ringkas sambil menyampaikan sumbangan kepada beberapa keluarga miskin sekitar kawasan setempat. Sumbangan adalah berbentuk barangan harian bersempena bulan Ramadhan. Moga moga dengan sumbangan ini serba sedikit dapat meringankan beban yang ditanggung oleh golongan terbabit.
Tokwan Saad
Berusia lewat 80an, tinggal seorang diri dan mendiami rumah yang dibina atas dasar ehsan. Menurut tokwan Saad, tanah kediaman beliau telah diambil oleh pihak pemaju projek sarang burung. Pihak pemaju yang masih gagal menghalau tokwan Saad keluar dari kawasan tersebut telah menyediakan sedikit ruang cukup cukup untuk sebijik rumah kecil. Rumah yang menurut tokwan Saad dibina atas bantuan kerajaan tidak mempunyai bekalan elektrik. Kami difahamkan, tokwan Saad yang tinggal sebatang kara hanya bergantung kepada bantuan orang ramai serta JKM untuk menyara hidup.
Di usia lewat sebegini, tokwan Saad terpaksa berjuang seorang diri untuk terus meniti sisa sisa hidup. Rumah yang terpencil ini jarang dikunjungi orang dan tokwan Saad terpaksa menaiki basikal ke pekan terdekat (dalam 3km) untuk membeli barang harian sekiranya perlu.
Kepada sesiapa yang ingin menziarahi tokwan Saad, boleh hubungi kami untuk kami tunjukkan jalan.
Kredit untuk semua penyumbang:
Kredit untuk semua penyumbang:
- ahli ahli PEMBELA
- Pekerja Osram Opto Semiconductors (M) Sdn Bhd, Penang
- Pekerja Eko-Teknik Sdn Bhd
- Orang perseorangan
- Rakan rakan serta kenalan rapat
No comments:
Post a Comment