Tuesday, August 7, 2012

Lawatan & Sumbangan kepada anak yatim Al-Munirah, Gurun, Kedah

Tarikh: 06hb Ogos 2012
Tempat: Rumah Anak Yatim Al - Munirah, Gurun, Kedah Darulaman

PEMBELA dengan kerjasama syarikat Ilham Jurutera Sdn Bhd, Sungai Petani telah melakukan lawatan ke rumah anak yatim Al - Munirah yang terletak di Gurun, Kedah Darulaman.

Pada sessi lawatan ini, PEMBELA turut serta menyerahkan sedikit sumbangan untuk anak anak yatim yang berjumlah 29 orang.

Di kesempatan ini, pihak PEMBELA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat Ilham Jurutera Sdn Bhd kerana memberi peluang kepada PEMBELA untuk turut serta dalam program lawatan ini.






Kembara Mini Ramadhan 2012

Tarikh: 05hb Ogos 2012
Tempat: Sekitar Kg. Huma & Semeling, Kedah Darulaman

Pihak PEMBELA melakukan lawatan ringkas sambil menyampaikan sumbangan kepada beberapa keluarga miskin sekitar kawasan setempat. Sumbangan adalah berbentuk barangan harian bersempena bulan Ramadhan. Moga moga dengan sumbangan ini serba sedikit dapat meringankan beban yang ditanggung oleh golongan terbabit.

 
 
 
 

Tokwan Saad
Berusia lewat 80an, tinggal seorang diri dan mendiami rumah yang dibina atas dasar ehsan. Menurut tokwan Saad, tanah kediaman beliau telah diambil oleh pihak pemaju projek sarang burung. Pihak pemaju yang masih gagal menghalau tokwan Saad keluar dari kawasan tersebut telah menyediakan sedikit ruang cukup cukup untuk sebijik rumah kecil. Rumah yang menurut tokwan Saad dibina atas bantuan kerajaan tidak mempunyai bekalan elektrik. Kami difahamkan, tokwan Saad yang tinggal sebatang kara hanya bergantung kepada bantuan orang ramai serta JKM untuk menyara hidup.
Di usia lewat sebegini, tokwan Saad terpaksa berjuang seorang diri untuk terus meniti sisa sisa hidup. Rumah yang terpencil ini jarang dikunjungi orang dan tokwan Saad terpaksa menaiki basikal ke pekan terdekat (dalam 3km) untuk membeli barang harian sekiranya perlu.

 
 
 
Kepada sesiapa yang ingin menziarahi tokwan Saad, boleh hubungi kami untuk kami tunjukkan jalan.

Kredit untuk semua penyumbang:
  • ahli ahli PEMBELA
  • Pekerja Osram Opto Semiconductors (M) Sdn Bhd, Penang
  • Pekerja Eko-Teknik Sdn Bhd
  • Orang perseorangan
  • Rakan rakan serta kenalan rapat

Monday, August 6, 2012

Sunday, August 5, 2012

Program WK: JJMK Ramadhan 2012

Tarikh: 04hb Ogos 2012
Tempat: Sekitar Kedah Darulaman (Nami, Jeneri, Kuala Ketil & Gunung Bongsu)

PEMBELA menyertai satu program amal anjuran NGO Wargakilang. Program berbentuk sumbangan barangan harian, kelengkapan hari raya, pakaian terpakai dan lain lain sempena bulan Ramadhan dan juga Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang kelak.

Sebanyak 16 penerima dari golongan ibu tunggal, anak yatim, orang miskin & daif serta warga emas sekitar Nami, Jeneri, Kuala Ketil serta Gunung Bongsu. Program disertai lebih 100 buah kenderaan pelbagai jenis serta diiringi marshall konvoi motosikal.

Sehubungan itu, PEMBELA ingin merakamkan jutaan terima kasih buat semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Kredit untuk semua penyumbang:
  • Ahli ahli PEMBELA
  • Pekerja Osram Opto Semiconductors (M) Sdn Bhd, Penang
  • Rakan rakan GA crew (Osram)
  • Rakan rakan Radial FOL / EOL (Osram)
  • Pekerja Eko-Teknik Sdn Bhd
  • Maliki Daging Center
  • Sinar Utara Agrofarm
  • Orang perseorangan
  • Rakan rakan serta kenalan rapat















Wednesday, August 1, 2012

Rural Business Challenge (RBC)

Maklumat Lanjut: http://www.rurallink.gov.my/rbc

Sebagaimana sedia maklum, MARA berperanan sebagai sociaeconomic engineering agency dalam Agenda Pembangunan Bumiputera selaras dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Sehubungan itu, MARA menggalakan para pelajar, bekas pelajar IPTA MARA dan  usahawan MARA yang mempunyai idea-idea bernas dalam bidang perniagaan bagi menyertai pertandingan Rural Business Challenge (RBC) yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah. 
 
 Objektif pertandingan ini  adalah seperti berikut :
a) Menggalakkan belia khususnya di luar bandar memilih keusahaanan sebagai  bidang pilihan
b) Mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan kepada penduduk tempatan luar bandar
c) Mewujudkan kawasan luar bandar yang menarik untuk didiami

Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua belia Malaysia yang berumur  18 tahun sehingga 40 tahun bagi menyediakan Rancangan Perancangan  Perniagaan. Projek/perniagaan yang dicadangkan meliputi empat (4) sektor iaitu pertanian, pembuatan, perkhidmatan dan perlancongan desa. Para pemenang akan memperolehi geran perniagaan bernilai RM500,000 sehingga RM2 juta (bergantung kepada keperluan projek).

Tarikh tutup penghantaran borang & rancangan perniagaan pada 3 Ogos 2012.
Sebarang maklumat lanjut, sila layari www.rurallink.gov.my/rbc atau tel: 03-8891 5607 /5622/ 5636.
Related Posts with Thumbnails