Thursday, July 19, 2012

Kembara Titian Kasih 2012


Tarikh: 14hb Julai 2012
Tempat: Kuala Kangsar, Perak

PEMBELA menyertai satu program amal anjuran NPOC (Northern Persona Owner Club). Program turut di sertai oleh PPEOC (Proton Persona Elegant Owner Club) serta NBC (Nusantara Bikers Club). Hampir 80 buah kenderaan telah menyertai konvoi amal ini yang bermula dari Pulau Pinang. 

Di kesempatan ini pihak PEMBELA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program amal ini.

Kredit untuk yang menyumbang:
  • Ahli ahli PEMBELA
  • Pekerja Osram Opto Semiconductors (M) Sdn Bhd, Penang
  • Rakan rakan serta kenalan rapat

 
 
 
 
 

 

 
 

 

Wednesday, July 18, 2012

Iklan Jawatan Kosong - USM

Iklan Jawatan Kosong Di USM Dibuka Mulai 16 Julai 2012 Sehingga 30 Julai 2012

 PERMOHONAN ADALAH SECARA ONLINE SAHAJA

Untuk memohon: KLIK SINI

Tuesday, July 17, 2012

Salam Ramadhan 1433H / 2012M

Jadual masuk waktu imsak dan berbuka puasa Ramadhan 1433H bagi negeri Kedah dan Pulau Pinang (1433H / 2012M)

Selamat melakukan ibadah puasa ~ dari seluruh warga PEMBELA

Thursday, July 12, 2012

Sukarelawan Georgetown Festival 2012 - Live Heritage (Hidup Warisan)

Tarikh: 07hb Julai 2012
Tempat: Georgetown, Pulau Pinang

Pihak PEMBELA telah menghantar beberapa individu untuk menjadi sukarelawan bagi membantu persembahan serta pertunjukan untuk Georgetown Festival 2012, iaitu satu program tahunan negeri Pulau Pinang sempena meraikan Georgetown sebagai salah satu bandar warisan dunia yang mendapat pengiktifrafan daripada UNESCO.

Pelbagai program menarik telah disediakan antaranya persembahan keroncong, tarian tradisional Sri Lanka, boria termasuklah pertunjukan tarian dan nyanyian dari Baba & Nyonya. Acara persembahan bermula sekitar jam 5.30 petang dan berakhir sekitar 11.00 malam. 

Terima kasih dan syabas buat semua sukarelawan PEMBELA yang terlibat dan memberi sokongan dalam melancarkan perjalanan acara tahunan tersebut.

 
 
 
 
 
 

Sunday, July 8, 2012

Majlis Tahlil & Jamuan Makan Bersama Anak Yatim - PEMBELA bersama KKL Utara

Tarikh: 06 Julai 2012
Tempat: Perkarangan kediaman JKKKP Sg Pial, Tanjung Dawai

Majlis ringkas dan santai di bawah kelolaan Kelab Kereta Lama Utara dengan kerjasama PEMBELA serta dengan bantuan Sinar Utara Agrofarm dan JKKKP Sg Pial.

Majlis melibatkan anak yatim dari kawasan sekitar seramai 30 orang berserta beberapa AJK masjid Sg Pial serta individu sekitar. Anak anak yatim tersebut terlebih dahulu dibawa bersiar siar oleh rakan rakan Kelab Kereta Lama (U) yang turun dengan 11 buah kereta. Anak anak yatim tersebut dibawa ke sekitar persisiran pantai Tanjung Dawai untuk bersantai sebelum bertolak ke masjid Sg Pial untuk solat maghrib. Selesai solat maghrib, anak anak yatim tersebut dibawa ke kediaman JKKKP Sg Pial untuk majlis tahlil serta jamuan makan.

Di kesempatan ini, pihak PEMBELA ingin merakamkan setinggi tinggi ucapan tahniah dan terima kasih kepada Kelab Kereta Lama Utara yang berjaya menganjurkan majlis ini dengan jayanya. Tidak lupa juga buat Sinar Utara Agrofarm serta JKKKP Sg Pial yang banyak membantu dalam perjalanan majlis ini.

Turut hadir dalam program ini adalah saudara Anuar Ahmad (Pengerusi Kelab Sukan Komuniti Tanjung Dawai) serta saudara Rosnawi Zenon (Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Muda).

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Related Posts with Thumbnails