Wednesday, September 5, 2012

Cerita Hari Merdeka 2012

Tarikh: 31hb Ogos 2012
Tempat: Kg Paya Besar, Kuala Ketil, Kedah Darulaman

Dalam keadaan kita masih lagi dalam mood raya aidilfitri, kita menyambut pulak ulangtahun hari kemerdekaan negara kita yang ke 55. Hari cuti umum memang penuh dengan pelbagai aktiviti serta jemputan rumah terbuka dan kenduri sana sini.

Cuti merdeka yang lepas, kami pihak PEMBELA telah mengadakan satu lawatan ke sebuah rumah. Kami sebenarnya dalam perjalanan menghadiri satu jemputan rumah terbuka di Kuala Ketil. So sementara nak sampai di jamuan tersebut, kami singgah sebentar di rumah tersebut yang terletak di Kg Paya Besar, Kuala Ketil, Kedah Darulaman.

Sesungguhnya dalam keadaan kita semua bersuka ria, bergembira, namun masih lagi ada yang terpinggir. Hari raya ka, hari cuti ka atau apa apa saja hari, bagi mereka mungkin sama sahaja. Tuan rumah yang dikenali dengan Encik Mat Salleh Ahmad atau lebih mesra di panggil Abang Pi'e tersenyum manis menerima kehadiran kami.

Rumah kecil yang serba kekurangan, didiami oleh Abg Pi'e serta isteri bersama  4 orang anak. Abg Pi'e, 55 tahun bekerja kampung dengan pendapatan tak tentu. Kadang kadang dok follow jadi 'collect' lori (kelindan lori). Dapat la habuan dua tiga puluh. Kalau orang tak panggil jadi 'collect', kira tadak keja la. Sementara isteri Puan Samrah, 50 tahun tidak bekerja.

4 orang anak beliau masih bersekolah. Seorang nak masuk Tingkatan 6 (lelaki), seorang Tingkatan 3 (lelaki), seorang Darjah 4 (perempuan) dan seorang sedang mengikuti kelas pra-sekolah (perempuan).

Bahagian depan rumah Abg Pi'e. Pintu rumah cuma guna kain.

Keadaan dalam rumah. Terpaksa bersesak sesak. Nak bergerak, nak tidur pun berhimpit himpit.

Ruang dapur untuk memasak.

Bilik mandi / ruang membasuh. Kolah mandi tong yang warna merah tu. Bilik mandi 'open'. Dinding pun macam tadak saja. Harap tutup dengan zink lusuh tu saja.


Pandangan dari sekeliling rumah (pandangan luar)
 


Bahagian depan (yang ada plastik biru tu), adalah ruang tamu rumah Abg Pi'e. Lantai tanah.
Dengan keadaan rumah macam ini, kalau datang musim hujan memang masalah. Dan kami difahamkan kadang kadang, binatang binatang yang tidak dikehendaki jugak menyelinap masuk ke dalam rumah.


Semasa sesi lawatan ini, pihak kami ada membawa sedikit barangan harian untuk disumbangkan kepada keluarga Abang Pi'e. InsyaALLAH, pihak kami akan datang lagi membuat lawatan susulan dan kami kini sedang merancang satu aktiviti bagi membantu dan meringankan beban keluarga Abang Pi'e.

Sehubungan itu kepada semua sahabat sahabat serta rakan rakan yang ingin menyumbang, boleh menghubungi kami. Kami akan datang lagi dalam masa terdekat ini. Tunggu update dari kami. InsyaALLAH.


 
 
 
 

No comments:

Related Posts with Thumbnails