Saturday, July 11, 2015

Santai - Mesyuarat Penyelarasan Program Singgah Sahur GKKnK & Pembela dengan kerjasama Skuad Muda JPJ Kedah.

Tarikh: 18 Jun 2015
Lokasi: JPJ Cawangan Sungai Petani, Kedah

Mesyuarat Penyelarasan Program Singgah Sahur GKKnK & Pembela dengan kerjasama Skuad Muda JPJ Kedah.

Sumbangan Pakaian Terpakai untuk Pelarian Rohingya

Tarikh: 01 Jun 2015
Lokasi: Sungai Petani, Kedah

Kerja kerja sumbangan pakaian terpakai oleh #MAYC Sg Petani & Pembela untuk diagihkan kepada pelarian Rohingya. Terima kasih buat semua yang terlibat.

Seminar Program Pemantapan Pertubuhan Belia Peringkat Daerah Kuala Muda

Tarikh: 31 Mei 2015
Lokasi: INTAN Wilayah Utara, Sungai Petani, Kedah

Menghadiri seminar dan Program Pemantapan Pertubuhan Belia Peringkat Daerah Kuala Muda anjuran Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.


Ziarah Ringkas Labu Besar, Kulim, Kedah

 Ziarah Ringkas Labu Besar, Kulim, Kedah
Tarikh: 19 April 2015 | 3.30 petang

PEMBELA berkesempatan menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada sebuah keluarga daif yang terletak Kg Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah.

Puan Zalifah Binti Awang Embun, 39 tahun yang terabai dan ditinggalkan suami. Mempunyai 4 orang cahaya mata, Puan Zalifah tidak bekerja dan tiada sumber pendapatan. Cuma bergantung bantuan dan ehsan dari jiran jiran setempat serta keluarga terdekat .

Puan Zalifah juga menderita penyakit ‘gila meroyan’ dan difahamkan keluarga ini seringkali putus bekalan makanan.

Kehidupan keluarga ini diuruskan oleh anak sulung beliau (perempuan) yang kini masih menuntut di Tingkatan 5 . Anak sulung ini merupakan seorang yang bijak dalam pelajaran dan juga merupakan seorang pengawas sekolah, menerima biasiswa RM800 setahun.

Anak kedua (lelaki), keciciran sekolah namun tinggal dan disara oleh suami. Anak ketiga (perempuan) sedang belajar di Darjah 4, manakala anak yang bongsu berumur 6 tahun. Kami dimaklumkan anak yang bongsu ini tidak dapat didaftarkan ke sekolah atas sebab surat beranak berada di tangan suami.

Mendiami rumah sendiri namun keadaan rumah amat daif. Barangan rumah kebanyakan sudah terlalu lusuh dan rosak sehinggakan cuma mampu menggunakan sebiji tilam lusuh sebagai alas untuk tidur sekelurga.






 

Karnival Fiesta Mesra Belia Peringkat Negeri Kedah

Tarikh: 08 Mei 2015
Lokasi:  Taman Tema Tasik Darulaman, Jitra, Kedah

[08 Mei 2015] Menghadiri jemputan ke Karnival Fiesta Mesra Belia Peringkat Negeri Kedah bertempat di Taman Tema Tasik Darulaman, Jitra, Kedah. Acara ini diadakan bersempena Hari Sambutan Belia Negara 2015. Tahniah buat semua yang terlibat.




Related Posts with Thumbnails