Tuesday, December 11, 2012

Iklan Jawatan Kosong - PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN - KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


Maklumat lanjut: KLIK SINI
Download Borang Permohonan: KLIK SINI

Thursday, November 29, 2012

Pra-Program: Projek Komuniti Kuala Ketil 2012









Tuesday, November 27, 2012

Kempen 4R - Reflect, Respond, Respect for Rider

Tarikh: 24 November 2012
Tempat: Premis Maliki Daging Centre, Lot 88, Sungai Petani, Kedah

Satu kempen keselamatan jalanraya anjuran GKKnK dengan kerjasama PEMBELA, COE Utara, Pejabat Belia & Sukan Daerah Kuala Muda, Sinar Utara Agrofarm & Maliki Daging Centre.

Di majlis yang ringkas dan santai ini, sebanyak 50 helai vest keselamatan pantulan cahaya telah disampaikan kepada penunggang penunggang motosikal. Turut hadir adalah saudara Anuar Ahmad yang mewakili Pejabat Belia & Sukan Daerah Kuala Muda.

Pihak PEMBELA ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dan hadir menjayakan majlis. Terima kasih juga buat rakan rakan dari PPEOC, WACM, MYVI-X serta lain lain yang hadir memberi sokongan. Tidak lupa juga buat Sinar Utara Agrofarm & Maliki Daging Center yang memberi kerjasama serta layanan dan sudi menaja jamuan ringan untuk majlis tersebut.

Syabas buat semua!









Sinar Utara Agrofarm (AS0301451-D),
Penternakan Kambing / Arnab & Penanaman Mulberry
Pembekal Susu Kambing Segar & Sabun Susu Kambing

Email: sinar.utara@yahoo.com

Ladang Ternakan:
Sinar Utara Agrofarm,
Mukim Jeneri, 08700 Jeniang, Kedah
http://www.facebook.com/sinar.utara.agrofarm
Pusat Edaran:
Maliki Daging Centre,
Lot 88, Perdana Heights, 08000 Sg Petani, Kedah.
http://superpages.com.my/listings/my357066-maliki-daging-centre
Khidmat Masakan:
http://www.catering.my/caterers/8-sinar-utara-agrofarm#.T_UuVd0tyfs
Profil syarikat di http://www.scribd.com/doc/17593627/Profil-Syarikat-SUA-Julai-2009

Monday, November 26, 2012

Program Jalinan Kasih - Majlis Kacau Bubur Asyura 2012

Tarikh: 24 November 2012
Tempat: Masjid Al - Tahir, Kg Sg Gelam, Pengkalan Bujang, Merbok, Kedah

Program anjuran Kelab MYVI-X Kedah dengan kerjasama PEMBELA, GKKnK, Majlis Belia Daerah Kuala Muda dan  Gerakan Belia 4B Kawasan Merbok berlangsung dengan jayanya. Majlis gotong royong memasak bubur asyura ini berjalan dengan penuh harmoni dan sebanyak 10 kawah bubur asyura berjaya dihasilkan. Program juga dihiasi dengan majlis tahlil dan doa selamat untuk saudara saudara kita di bumi Gaza, Palestine.

Di kesempatan, pihak PEMBELA ingin merakamkan terima kasih kepada semua yang hadir dan juga yang memberi sokongan dalam menjayakan program ini. Moga moga program kerjasama seperti ini akan berterusan. Tahniah buat semua yang terlibat. 

Kredit :
  • Kelab MYVI-X Kedah
  • GKKnK
  • Majlis Belia Daerah Kuala Muda
  • Gerakan Belia 4B Kawasan Merbok
  • Kumpulan Al - Falah
  • KKL Utara
  • COE Utara
  • WACM
  • WAPC
  • PPEOC
  • KRT Taman Malinja
  • AJK Masjid Al - Tahir, Kg Sg Gelam, Merbok, Kedah
  • Penduduk kampung Sg Gelam






Saturday, November 24, 2012

Iklan Jawatan Kosong - Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)


Maklumat Lanjut / Cara Memohon: KLIK SINI
Related Posts with Thumbnails