Friday, November 2, 2012

JADUAL HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN & NEGERI 2013


Kembara Malam 2012

Tarikh: 29hb Oktober 2012
Tempat: Sekitar Merbok, Kedah Darulaman

Program ringkas penyampaian sumbangan pada waktu malam untuk warga emas, ibu tunggal serta warga miskin & susah sekitar kawasan Merbok, Kedah  anjuran PEMBELA serta dibantu oleh KRT Taman Malinja serta GKKnK.
Program juga diiringi oleh saudara Anuar Ahmad (wakil Gerakan Belia 4B(M) Kawasan Merbok) serta Encik Abu Bakar selaku tukang tunjuk jalan. 

Terima kasih buat semua yang membantu dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat Pak Njang Mejar (Pengerusi JKKKP Sungai Pial) atas tajaan makan malam. 

Sorotan ringkas mengenai Kembara Malam 2012.
 
 
 
Mohd Fauzul bin Abd Manas, 39 tahun, tidak lagi mampu bekerja lantaran menghidapi komplikasi penyakit saraf kronik, barah tulang, kencing manis sejak 3 tahun yang lalu. Mempunyai 5 orang cahaya mata (4 masih bersekolah) dan isteri tidak bekerja. Pendapatan hanya bergantung kepada sumbangan dari bekas majikan dan digunakan untuk menyara keluarga serta belanja perubatan. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi beliau di talian 017-4269192.

 
Fitriah binti Abd Latif, ibu tunggal mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah rendah. Bekerja sebagai pembantu kantin dengan pendapatan sebanyak RM430 sebulan. Tiada kediaman tetap dan terpaksa menumpang di rumah bapa saudara, Encik Bakar bin Razak (62 tahun) yang juga tidak bekerja dan  menghidapi penyakit penat serta gout. Puan Fitriah boleh dihubungi di talian 017-4025245.

 
Maksu Ku Tum binti Ku Ahmad, (63 tahun) ibu tunggal serta warga emas yang kini tinggal seorang diri. Mempunyai seorang anak tunggal yang kini sedang menjalani latihan praktikal di Sungai Buluh, Selangor. Pendapatan cuma bergantung kepada bantuan JKM sebanyak RM150 sebulan serta ehsan jiran tetangga.


 
 
 
 
Kediaman Encik Awang. Namun semasa kehadiran kami, Encik Awang tiada di rumah dan kami disambut oleh isteri beliau. Beginilah keadaan kediaman Encik Bakar sekeluarga. Kami cuba menghubungi Encik Awang namun gagal.

Lawatan seterusnya pada keesokan harinya (30hb Oktober) lantaran sudah lewat malam.
 
Makcik Yam, 59 tahun tinggal seorang diri. Menderita sakit lumpuh serta kanser payudara.

 
 
Tokwan Saad, warga emas. Tinggal seorang diri di pondok yang sempit.

Tuesday, October 23, 2012

Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Januari 2013


Iklan Jawatan Kosong - SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA



Sumber: KLIK SINI

Monday, October 22, 2012

Santai - Layan Bola Final Piala Malaysia 2012

Tarikh: 20hb Oktober 2012
Tempat: Bangcik Burger, Taman Melor, Sg Layar, Sungai Petani, Kedah

Majlis santai anjuran Bangcik Burger Sg Layar dengan kerjasama Pejabat Belia & Sukan Daerah Kuala Muda serta PEMBELA.

Dengan kehadiran segenap lapisan masyarakat, majlis berlangsung dengan begitu meriah sekali walaupun dalam keadaan hujan. Kesemua penonton bersorak dan bergembira menyaksikan skrin besar perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 yang menemukan pasukan ATM berdepan dengan pasukan Kelantan yang berkesudahan Kelantan berjaya memenangi Piala Malaysia untuk musim 2012 ini.

Dengan kesempatan ini, pihak PEMBELA ingin merakamkan ucapan tahniah buat Bangcik Burger serta krew atas kejayaan mengendalikan program ini. Terima kasih juga buat semua rakan rakan PEMBELA yang sudi hadir memeriahkan majlis termasuklah NPOC, PWC, COE Utara, Dasco, KRT Taman Malinja, GKKnK serta rakan rakan kawasan setempat. 

Turut hadir adalah Dato Haji Tajul Urus, saudara Shaiful Hazizy serta saudara Anuar Ahmad sebagai wakil Gerakan Belia 4B (M) kawasan Merbok. 

Terima kasih semua!
 
 
 
 
 
 
 
Related Posts with Thumbnails