Tuesday, March 30, 2010

MRSM - Semakan Status Permohonan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Pengambilan 2010




Semakan Status Permohonan Tingkatan 1 Pengambilan 2010:
http://mohonmrsm1.mara.gov.my:8080/ola/checkStatusF1.jsp

Semakan Status Permohonan Tingkatan 4 Pengambilan 2010:
http://mohonmrsm1.mara.gov.my:8080/ola/checkStatusF4.jsp

Sumber: http://www.mara.gov.my/home

KTMB - Iklan Jawatan Kosong (Penyambut Tetamu Wanita)

KEKOSONGAN JAWATAN
Permohonan adalah dipelawa dari warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
OPERATOR TELEFON / PENYAMBUT TETAMU (Wanita )


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

Kelayakan
- Umur tidak melebihi 26 tahun pada tarikh tutup iklan;
- Lulus Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan kepujian di dalam Bahasa Malaysia dan lulus di dalam Bahasa Inggeris;
- Boleh berkomunikasi di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.
- Berperwatakan menarik dan ceria

Spesifikasi Tugas
- Melayan pertanyaan pelanggan-pelanggan dalaman dan luaran melalui telefon atau di kaunter.

Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan butir-butir peribadi berserta salinan sijil-sijil persekolahan dan gambar berukuran pasport. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar tidak lewat pada 5 April 2010 ke alamat seperti berikut:-

Pengurus Besar
Pembangunan Sumber Manusia
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur

Sumber:
http://www.ktmb.com.my/images/default/2010/hrm/0310telefonis.pdf

F1 Malaysia 2010 - KTM jalin kerjasama dengan Skybus sediakan pengangkutan bas rasmi


Bersempena kehangatan perlumbaan Formula 1 di Litar Antarabangsa Sepang yang bakal berlangsung pada 2 - 4 April 2010 ini, KTM Berhad telah bekerjasama dengan operator bas bagi menyediakan pakej perkhidmatan pengangkutan untuk membawa peminat - peminat F1 ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Untuk tahun kedua berturut-turut, KTM Komuter sekali lagi menjalinkan kerjasama dengan SkyBus Ventrures Sdn Bhd (SkyBus) yang merupakan penyedia pengangkutan bas rasmi untuk perlumbaan F1. Sepanjang tiga hari acara berlangsung iaitu dari 2 April hingga 4 April 2010, KTM Berhad mensasarkan sekurang-kurangnya 5,000 peminat F1 akan menggunakan perkhidmatan yang kami tawarkan ini.

Peminat F1 boleh menaiki tren KTM Komuter dari mana-mana stesen ke Stesen Nilai dan seterusnya menaiki perkhidmatan Skybus ke litar Sepang di mana bas-bas akan beroperasi secara ‘door to door’ iaitu para penumpang akan diturunkan berdekatan dengan pintu masuk utama di SIC. Dengan harga RM25.00 untuk setiap pakej, ianya berpatutan serta mudah.

Perkhidmatan komuter akan beroperasi setiap 15 dan 30 minit dari jam 5.30 pagi hingga jam 12.00 tengah malam. Walau bagaimanapun, pada hari perlumbaaan akhir iaitu pada 4 April, KTM Komuter akan beroperasi pada kekerapan setiap 15 minit bagi menampung kapasiti penonton yang akan ke Litar Sepang. Manakala perkhidmatan ulang alik SkyBus antara stesen Nilai-SIC pula akan beroperasi setiap 30 minit sepanjang acara tiga hari tersebut.

Tiket pakej akan dijual di 18 stesen/perhentian komuter iaitu Sentral Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Bank Negara, Mid Valley, Rawang, Sungai Buloh, Kepong Sentral, Bandar Tasik Selatan, Serdang, Kajang, Nilai, Seremban, Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Pel Klang dan Sentul.

Tiket pakej akan turut dijual di 10 buah stesen Antarabandar iaitu Singapura, Johor Bharu, Tampin, Wakaf Bahru, Ipoh, Butterworth, Bukit Mertajam, Alor Setar, Padang Besar dan Kuala Lipis.

Kaunter-kaunter tiket tambahan yang menjual tikej pakej integrasi turut dibuka di stesen Sentral Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, MidValley, Serdang, Bank Negara dan Subang Jaya. Pasukan Merah F1 KTM Komuter akan berada di kaunter-kaunter tiket tambahan bagi mempromosikan tiket pakej integrasi Komuter-Skybus-SIC.

Kerjasama KTM Komuter, SIC dan Skybus ini adalah salah satu usaha dalam menyokong acara berprestij negara iaitu Grand Prix Formula 1 Litar Antarabangsa Sepang disamping menggalakkan orang ramai, pelancong tempatan dan luar negara, terutamanya peminat sukan bermotor menggunakan sistem pengangkutan awam ke litar Sepang. Usaha ini juga bertepatan dengan kempen pelancongan melalui keretapi (Rail Tourism) seperti disarankan Kementerian Pelancongan Malaysia.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pejabat Perkhidmatan KTM Komuter ditalian 03 – 2279 8841.


Sumber: http://www.ktmb.com.my/Story.aspx?Id=3341


HARI BELIA NEGARA 2010

HARI BELIA NEGARA 2010
BELIA KREATIF DAN INOVATIF PEMACU EKONOMI NEGARA

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IKBN BAGI SESI 2/2010 PENGAMBILAN JULAI 2010 SECARA ON-LINE BERMULA PADA 25 MAC 2010.

Click on image to enlarge


Further information, kindly visit: http://www.ekbs.gov.my/
Related Posts with Thumbnails