Saturday, July 11, 2015

Pengagihan beras fidyah Ramadhan 1436H

Tarikh: 21 Jun 2015
Lokasi: Perkarangan SP Plaza, Sungai Petani, Kedah

Kerja kerja pengagihan beras fidyah untuk disalurkan kepada golongan yang layak dan memerlukan. Terima kasih kepada penyumbang yang memberi kepercayaan kepada PEMBELA untuk melaksanakan program agihan ini. InshaALLAH kerja kerja penyaluran akan disempurnakan sepanjang bulan Ramadhan ini.

Kepada yang berhajat untuk menumpang pakej sumbangan, boleh menghubungi pihak kami. Kami mengalu alukan sumbangan berbentuk barangan harian seperti gula, tepung, minyak masak dan lain lain untuk dilengkapkan bersama sama dengan pakej beras fidyah ini. Terima kasih.


 

Ekspedisi Minang - Mendaki Gunung Kerinchi, Indonesia

Tarikh: 08 April 2015
Lokasi: Sekitar kawasan Padang, Indonesia

PEMBELA bersama rakan rakan berkesempatan menjalankan satu aktiviti pengembaraan ringkas selama 9 hari di bumi Minangkabau, Padang, Sumatera Barat, Indonesia.

Aktiviti merangkumi sesi lawatan ke tempat tempat bersejarah, kawasan membeli belah serta pendakian Gunung Kerichi serta Gunung Tujuh yang terletak di Sumatera Barat, Indonesia.

Tahniah buat semua yang terlibat!
















Santai - Mesyuarat Penyelarasan Program Singgah Sahur GKKnK & Pembela dengan kerjasama Skuad Muda JPJ Kedah.

Tarikh: 18 Jun 2015
Lokasi: JPJ Cawangan Sungai Petani, Kedah

Mesyuarat Penyelarasan Program Singgah Sahur GKKnK & Pembela dengan kerjasama Skuad Muda JPJ Kedah.

Sumbangan Pakaian Terpakai untuk Pelarian Rohingya

Tarikh: 01 Jun 2015
Lokasi: Sungai Petani, Kedah

Kerja kerja sumbangan pakaian terpakai oleh #MAYC Sg Petani & Pembela untuk diagihkan kepada pelarian Rohingya. Terima kasih buat semua yang terlibat.

Seminar Program Pemantapan Pertubuhan Belia Peringkat Daerah Kuala Muda

Tarikh: 31 Mei 2015
Lokasi: INTAN Wilayah Utara, Sungai Petani, Kedah

Menghadiri seminar dan Program Pemantapan Pertubuhan Belia Peringkat Daerah Kuala Muda anjuran Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.


Related Posts with Thumbnails