Saturday, July 11, 2015

Ziarah Ringkas Labu Besar, Kulim, Kedah

 Ziarah Ringkas Labu Besar, Kulim, Kedah
Tarikh: 19 April 2015 | 3.30 petang

PEMBELA berkesempatan menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada sebuah keluarga daif yang terletak Kg Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah.

Puan Zalifah Binti Awang Embun, 39 tahun yang terabai dan ditinggalkan suami. Mempunyai 4 orang cahaya mata, Puan Zalifah tidak bekerja dan tiada sumber pendapatan. Cuma bergantung bantuan dan ehsan dari jiran jiran setempat serta keluarga terdekat .

Puan Zalifah juga menderita penyakit ‘gila meroyan’ dan difahamkan keluarga ini seringkali putus bekalan makanan.

Kehidupan keluarga ini diuruskan oleh anak sulung beliau (perempuan) yang kini masih menuntut di Tingkatan 5 . Anak sulung ini merupakan seorang yang bijak dalam pelajaran dan juga merupakan seorang pengawas sekolah, menerima biasiswa RM800 setahun.

Anak kedua (lelaki), keciciran sekolah namun tinggal dan disara oleh suami. Anak ketiga (perempuan) sedang belajar di Darjah 4, manakala anak yang bongsu berumur 6 tahun. Kami dimaklumkan anak yang bongsu ini tidak dapat didaftarkan ke sekolah atas sebab surat beranak berada di tangan suami.

Mendiami rumah sendiri namun keadaan rumah amat daif. Barangan rumah kebanyakan sudah terlalu lusuh dan rosak sehinggakan cuma mampu menggunakan sebiji tilam lusuh sebagai alas untuk tidur sekelurga.






 

Karnival Fiesta Mesra Belia Peringkat Negeri Kedah

Tarikh: 08 Mei 2015
Lokasi:  Taman Tema Tasik Darulaman, Jitra, Kedah

[08 Mei 2015] Menghadiri jemputan ke Karnival Fiesta Mesra Belia Peringkat Negeri Kedah bertempat di Taman Tema Tasik Darulaman, Jitra, Kedah. Acara ini diadakan bersempena Hari Sambutan Belia Negara 2015. Tahniah buat semua yang terlibat.




JJMK - Yan anjuran NGO Wargakilang

Tarikh: 02 Mei 2015
Lokasi: Sekitar kawasan Yan, Kedah

PEMBELA berpeluang menyertai program amal JJMK - Yan anjuran NGO Wargakilang pada 02 Mei 2015. Sebanyak 40 keluarga daif & miskin telah disantuni pada sesi program ini. Terima kasih buat semua yang memberi sumbangan.











Mesyuarat Agung Tahunan PEMBELA Kali Ke - 6

Tarikh: 25 April 2015
Lokasi: Dewan Internet 1Malaysia, Kg Sg Pial, Tanjung Dawai, Kedah

Alhamdulillah, PEMBELA telah memasuki tahun ke-6 penubuhan. Terima kasih atas sokongan semua!



Ziarah Kasih PEMBELA

Tarikh: 22 April 2015
Lokasi: Sungai Petani, Kedah

Ziarah Kasih PEMBELA bersama GKKnK, Livina Club & MAYC ke kediaman adik Farisha. Adik Farisha mengidap kanser mata tahap 4. Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan. InsyaAllah.



Related Posts with Thumbnails