Tarikh: 25 April 2015
Lokasi: Dewan Internet 1Malaysia, Kg Sg Pial, Tanjung Dawai, Kedah
Alhamdulillah, PEMBELA telah memasuki tahun ke-6 penubuhan. Terima kasih atas sokongan semua!
Saturday, July 11, 2015
Ziarah Kasih PEMBELA
Tarikh: 22 April 2015
Lokasi: Sungai Petani, Kedah
Ziarah Kasih PEMBELA bersama GKKnK, Livina Club & MAYC ke kediaman adik Farisha. Adik Farisha mengidap kanser mata tahap 4. Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan. InsyaAllah.

Monday, May 25, 2015
Gotong Royong Kg Simpang 3 Pair, Merbok, Kedah
PEMBELA terlibat secara dalam program gotong royong pada 22hb Mac 2015 yang lalu bertempat di Kg Simpang 3 Pasir, Merbok, Kedah.
Terima kasih buat semua yang terlibat.
Terima kasih buat semua yang terlibat.
Misi Bantuan Mangsa Banjir - Edisi Orang Asli Pulau Banding, Royal Belum, Perak
01 Feb 2015 - PEMBELA bersama Team Vitara, GKKnk, Team Daimitsu dengan kerjasama Kem Tentera Sri Banding mengadakan sesi ziarah ringkas dan pemberian sumbangan ke perkampungan orang asli di kawasan
pedalaman Tasik Banding, Royal Belum, Perak.
Kawasan yang dilawati adalah Kampung Bongor Hilir yang mempunyai hampir 60 keluarga terletak kira kira hampir 2 jam perjalanan menaiki bot dari jeti Kem Tentera Sri Banding.
Untuk makluman semasa negara dikejutkan dengan bencana banjir yang melanda kawasan Pantai Timur tempohari,penduduk di kampung ini turut menerima tempias air naik dan banjir yang menenggelami kawasan perkampungan mereka.
Kami dimakluman, hampir 20 kediaman ditenggelami serta dihanyutkan air.
Pada sesi ziarah ini, kami berpeluang menyampaikan sumbangan berbentuk pakaian terpakai, barangan harian serta keperluan asas. Terima kasih buat semua yang telah mengirimkan sumbangan melalui kami.
Dan sekalung penghargaan buat anggota tentera dari Kem Sri Banding kerana sudi bekerjasama serta membantu dan mengiringi perjalanan kami ke kawasan perkampungan orang asli tersebut.
Terima kasih dan tahniah buat semua yang terlibat.

Misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir Pantai Timur - Trip Kedua: 09 ~ 11 Januari 2015 (3H2M)
Trip Kedua: 09 ~ 11 Januari 2015 (3H2M)
Alhamdulillah, misi bantuan mangsa banjir telah selamat disempurnakan.Kesemua konvoi dan peserta misi bantuan selamat pergi dan balik dalam perjalanan yang mengambil 3 hari 2 malam dan sejauh hampir 700km.
Menempuh kegelapan diiringi kedinginan gugusan Banjaran Bintang & Banjaran Titiwangsa, sebanyak 16 buah kenderaan terdiri daripada Team PEMBELA, MAYC, GKKnK, SUA, MBD Kuala Muda serta Kedah Livinian penuh dengan muatan sumbangan termasuklah makanan, minuman, ubat ubatan, pakaian dalam wanita, lampin pakai buang, dapur memasak, sejadah, naskah naskah Al-Quran, telekung, kain batik, kain pelikat, barang barang pertukangan, peralatan persekolah, toto, rice-cooker dan lain lain memulakan perjalanan dari Sungai Petani ke kawasan bencana banjir sekitar Kuala Krai, Kelantan.
Kawasan yang dilawati dan pemberian sumbangan adalah sekitar Kampung Pemberian, Kampung Manjor Dalam, Kampung Kuala Nal serta sekitar kawasan pekan Kuala Krai.
Rumah runtuh, kediaman 'hilang' dari tapak asal, tanah runtuh, kerosakan tanaman serta harta benda, mangsa kesejukan serta kelaparan menjadi umpama fenomena biasa yang dapat dilihat sepanjang perjalanan.
Sesunggahnya musibah yang menimpa adalah amat teruk sekali. Kemusnahan yang tiada upaya diucapkan dengan kata kata, kerosakan yang sukar digambarkan, hanya kesedihan yang berpanjangan mengenangkan nasib nasib mangsa banjir ini.

Kami dari pihak PEMBELA serta rakan rakan NGO yang lain melahirkan rasa simpati buat semua mangsa banjir yang terlibat. Moga bertabah dengan ujian yang menimpa.
Moga moga sumbangan ini sedikit sebanyak dalam membantu. Marilah kita berdoa agar mereka terus tabah dan dipermudahkan segala urusan.
#PrayForPantaiTimur
Subscribe to:
Posts (Atom)