Sunday, July 6, 2014

Program Ziarah Ramadhan 1435H – Edisi Merbok


Program Ziarah Ramadhan 1435H – Edisi Merbok
Tarikh: 05 Julai 2014
Lokasi: Sekitar kawasan Merbok, Kedah Darulaman

Pada Sabtu 5hb Julai 2014, pihak NGO Pembela dengan kerjasama wakil setempat telah mengadakan program Ziarah Ramadhan 1435H. Program yang bertujuan menyumbangkan barangan keperluan harian ini telah berjalan sekitar Kampung Sg. Deraka, Jilid 1 dan Jilid 2.

Sekumpulan ahli Pembela dengan ditemani oleh wakil setempat iaitu Pn Zuria dan rakannya telah memulakan program ziarah pada pukul 3.15 petang. Kunjungan dimulakan dengan dua warga emas di Kampung Sg. Deraka Jilid 1 iaitu Pn. Maliah bt. Salleh yang berusia 77 tahun dan Pn. Som bt. Jaafar yang berusia 81 tahun. Keluarga ketiga yang dikunjungi ialah Pn. Che Nah bt. Awang, 56 tahun yang merupakan seorang ibu tunggal. Rombongan kemudian bergerak ke rumah En. Azizan b. Osman, 46 tahun, sebuah keluarga yang hidup di paras kemiskinan. Dua keluarga terakhir yang dikunjungi di Kampung Sg. Deraka Jilid 1 ialah warga emas Pn. Che Amah bt. Osman berusia 77 tahun serta Pn. Ishah bt. Saad, seorang ibu tunggal yang berusia 58 tahun.

Di Kampung Sg. Deraka pula, seramai tiga keluarga yang hidup di bawah paras kemiskinan telah diberikan sumbangan iaitu En. Yussof b. Ahmad berusia 45 tahun, En. Ali b. Shafie 80 tahun dan En. Ramli b. Ibrahim yang berusia 60 tahun. Ketiga-tiga mereka hanya menjalankan kerja-kerja kampung untuk menyara keluarga masing-masing.

Dua keluarga miskin terakhir dalam program ziarah kali ini tinggal di Kampung Sg. Deraka Jilid 2. En. Azhar b. Ahmad yang berusia 29 tahun tinggal bersama isteri serta 2 orang anak kecil di rumah yang hampir roboh. Keadaan diterukkan lagi dengan ketiadaan jalan menuju ke rumah. Tetapi Pn. Suria memaklumkan yang pembinaan akan dimulakan sebaik sahaja musim padi berakhir. Keluarga En. Sahudi b. Abd Rahman yang berusia 54 tahun merupakan keluarga terakhir yang dikunjungi. Beliau merasa sungguh terharu dan mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang diterima.

Secara keseluruhannya, program yang meliputi ziarah ke 11 keluarga dan berakhir pada jam 5.30 petang itu telah berjaya disempurnakan. Terima kasih buat yang telah menjayakannya dan tidak lupa kepada semua penyumbang!


Monday, June 16, 2014

Ziarah Ringkas Ibu Tunggal - Kuala Ketil, Kedah


Sesi Ziarah Ringkas Ibu Tunggal
Tarikh: 16 Jun 2014
Lokasi: Kuala Ketil, Kedah Darulaman

Sesi ziarah ringkas dan pemberian sumbangan kepada ibu tunggal di sekitar kawasan Kuala Ketil, Kedah Darulaman.

1) Ziarah pertama - Kediaman Puan Asmah Binti Wahad, 48 tahun yang kematian suami pada seminggu yang lalu akibat kemalangan jalanraya.

Beliau yang merupakan suri rumah sepenuh masa mempunyai 9 orang anak di mana 6 daripadanya masih bersekolah.

Kepada yang berhajat untuk membantu, beliau boleh dihubungi di talian 013 – 4005574.






2) Ziarah kedua - Kediaman Puan Samrah, 51 tahun ibu tunggal anak empat yang kematian suami setahun yang lalu.

Semasa ketibaan kami, Puan Samrah tiada di rumah dan kami disambut oleh salah seorang anak beliau. 



Saturday, May 24, 2014

Ziarah Susulan Ibu Tunggal Anak 5 - Bukit Jambul Indah, Penang

Tarikh: 23 May 2014
Lokasi: Taman Bukit Jambul Indah, Pulau Pinang

Ziarah susulan dan penyampaian sumbangan kepada Puan Lin, ibu tunggal anak 5 bertempat di Bukit Jambul Indah, Pulau Pinang bersama Encik Rosli dan Encik Mohamad yang mewakili rakan rakan sekerja kilang B.Braun, Bayan Lepas. 

Pada sesi ziarah kali ini, pihak rakan rakan dari kilang B.Braun ini telah menyerahkan sumbangan berbentuk barangan harian dan juga sumbangan tunai. Moga moga dengan sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat membantu kehidupan Puan Lin. Terima kasih buat semua yang menyumbang.

Kepada yang berhajat untuk membantu dan menziarahi Puan Lin, boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut. Sekian terima kasih.

Monday, May 12, 2014

Edisi Santai - Perlawanan Badminton Persahabatan PEMBELA vs KRT Taman Sri Delima (Juru, Penang)

Tarikh: 10 Mei 2014
Lokasi: Gelanggang Badminton Taman Wira, Sungai Petani, Kedah

Perlawanan badminton persahabatan antara Team PEMBELA dengan Team KRT Taman Sri Delima (Juru). Terima kasih buat semua yang terlibat dalam menjayakan acara santai ini. 

Dan sekalung perhargaan juga buat Puan Masnira Morad (Pegawai Belia & Sukan Daerah Kuala Muda) kerana sudi meluangkan masa dan seterusnya merasmikan perlawanan ini. 

Tahniah semua!











Sunday, May 4, 2014

Kembara Malam PEMBELA – Edisi Merbok / Lembah Bujang

Kembara Malam PEMBELA – Edisi Merbok / Lembah Bujang
Tarikh: 03 Mei 2014
Lokasi: Sekitar Merbok & Lembah Bujang, Kedah Darulaman

Pada malam 3hb Mei 2014 lepas, satu sesi ziarah dan penyerahan sumbangan buat warga daif dan kurang kemampuan telah dijalankan oleh pihak NGO Pembela. Kembara yang disertai seramai 15 orang termasuk sahabat-sahabat dari Team NPOC bermula jam 8.30 malam dan berakhir sekitar jam 11.00 malam.

Konvoi yang bermula di hadapan MRSM Merbok telah berkunjung ke 5 buah rumah dan antara sumbangan yang disampaikan termasuklah barangan harian, lampin pakai buang, kerusi roda, ubat ubatan, kain batik dan kain pelikat serta penyerahan wang tunai.



Rumah pertama yang dikunjungi ialah milik Puan Hatiyah bt Abbas yang telah hilang upaya akibat dari serangan strok sejak 6 bulan yang lepas. Beliau yang kini berusia 74 tahun hanya terlantar di rumahnya di Kampung Pengkalan Langgar dan dijaga oleh anak serta menantunya. Setiap dua minggu, pihak Klinik Kesihatan Merbok akan datang melawat dan menukar tiub salur pemakanannya.



Konvoi kemudian bergarak ke rumah En. Ahmad b. Puteh di Kampung Sungai Baru. Beliau telah berusia 80 tahun serta menghidap penyakit tua dan juga terlantar di rumah. Untuk memudahkan isterinya membawa beliau keluar, sumbangan berupa sebuah kerusi roda telah disampaikan.



Di kawasan Batu Hampar pula terdapat dua rumah yang dikunjungi iaitu milik En. Yusuf b. Mohamad Nor yang berusia 54 tahun dan menghidap penyakit kencing manis dan juga Pn. Shedah bt. Hj Yasin yang berusia 55 tahun dan juga menghidap penyakit kecing manis serta kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani.






Rumah terakhir yang dikunjungi didiami oleh En.Syawal b. Mat dan isterinya Pn. Salmiah bt. Said. Kedua-duanya patah di bahagian paha akibat dilanggar oleh sebuah kereta semasa menaiki motorsikal di Bedong. En. Syawal yang berkerja sebagai seorang pengawal keselamatan kini bercuti hingga ke bulan Ogos. Kini mereka hanya tinggal di rumah bersama seorang anaknya.



Terima kasih buat penyumbang-penyumbang yang prihatin serta memberi kepercayaan kepada kami dalam melaksanakan program amal ini. Akhir kata, terima kasih buat semua yang terlibat.

Disediakan oleh:
SukriKamis / Azhan Jamaludin
Team PEMBELA
Related Posts with Thumbnails