Thursday, February 27, 2014

Perasmian Pusat Aktiviti Kanak Kanak (PAKK) Flat Paya Nahu, Sungai Petani, Kedah

Tarikh: 25 Jan 2014
Lokasi: Sungai Petani, Kedah Darulaman

Hasil dari aktiviti gotong-royong melibatkan JKM Kuala Muda, GKKnK, PEMBELA, MPSPK dan lain lain di Tadika Perpaduan Flat Paya Nahu Sg. Petani pada minggu lepas, pada hari ini pelancarannya sebag...ai Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) telah disempurnakan oleh YB Datuk Suraya bt. Yaacob dalam satu majlis yang bernama Program Jalinan Murni Semarak Budi.

Majlis yang bermula jam 4.30 petang ini turut dihadiri oleh pemangku Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah, En. Ahmad b. Rashid yang telah memberikan ucapan aluan, sebelum ucapan perasmian oleh YB Datuk Suraya. Selain itu penyampaian kad keahlian kepada kanak-kanak terpilih serta plak penghargaan kepada wakil-wakil jabatan serta pertubuhan yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong turut diadakan.

Selepas sesi ucapan, para tetamu VIP telah meluangkan masa untuk melawat pusat aktiviti yang baru tersebut. Majlis kemudiannya ditamatkan dengan jamuan ringan dan sesi bergambar.

Program yang berjalan dengan lancar ini merupakan hasil dari kerjsama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat iaitu Pejabat JKM Daerah Kuala Muda, MPSPK, Jabatan Penerangan Daerah Kuala Muda, Jabatan Perpaduan, Pertubuhan Belia Amanah (PEMBELA), Rukun Tetangga Flat Paya Nahu, GKKnk serta Iriesh Butik Pengantin. Tahniah serta terima kasih buat semua yang terlibat.


Disediakan oleh:
SukriKamis / Azhan Jamaludin
Team PEMBELA

Gotong Royong Pusat Aktiviti Kanak Kanak (PAKK) Flat Paya Nahu, Sungai Petani, Kedah

Tarikh: 18 Jan 2014
Lokasi: Sungai Petani, Kedah Darulaman

Sempena cuti Keputeraan Sultan Kedah pada Ahad 18 Jan 2014, pihak PEMBELA telah dijemput untuk bersama sama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM Kuala Muda) dan Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKnK) untuk berganding bahu menganjurkan gotong royong bagi membersih, mengecat dan membuat susunatur semula Tadika Perpaduan bertempat di Flat Paya Nahu Sg. Petani, Kedah

Turut serta adalah beberapa individu dari Ahli Majlis MPSPK dan juga Pengarah JKM Kuala Muda ( Puan Rohana).

Pihak PEMBELA juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Arahman Crew (GKKnK) & Hamdan (PPOC). Jutaan terima kasih buat semua yang terlibat.
 
 
Disediakan oleh:
Sukri Kamis / Azhan Jamaludin
Team PEMBELA

Friday, February 7, 2014

Penyerahan sumbangan kepada waris kanak kanak penghidap kanser usus

Tarikh: Januari 2014
Lokasi: Bayan Lepas, Pulau Pinang

Sessi penyerahan sumbangan kepada waris kanak kanak penghidap kanser usus. Sumbangan adalah kebanyakkan dari pekerja pekerja Osram Opto Semiconductors (Penang), kenalan kenalan rapat serta orang awam.

Kami dari pihak PEMBELA ingin merakamkan ucapan berbanyak terima kasih buat semua yang menyumbang dan moga moga dengan sumbangan yang tidak seberapa ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban.

Kepada yang masih ingin menyumbang, boleh berhubung terus dengan waris kanak kanak, Encik Izhar di talian 012 5372880. Terima kasih.

Disediakan oleh:
SukriKamis
Team PEMBELA

Sunday, January 12, 2014

Ziarah Pesakit Buah Pinggang

Ziarah Pesakit Buah Pinggang
Tarikh: 11 Januari 2014 | 5.30 petang

Sesi ziarah pesakit buah pinggang, Encik Shahrom bertempat di Sg Petani. Beliau yang menderita sakit sejak setahun dan kini tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan. Mendapat bantuan Socso sebanyak RM1000 sebulan.

Namun perbelanjaan perubatan dan rawatan melebihi RM700 sebulan. Pendapatan selebihnya digunakan untuk perbelanjaan dapur dan persekolahan dua orang anak (Tingkatan 6 & Darjah 6). Isteri bekerja sebagai pembantu gerai minuman dan kuih bagi menampung sara hidup keluarga.

Kepada yang berhajat untuk membantu, boleh menghubungi beliau di talian: 0111-5327278 (Shahrom). Sumbangan juga boleh disalurkan melalui RHB Bank (No. akaun: 152028 00084 586).





Disediakan oleh:
SukriKamis
Team PEMBELA

Saturday, January 11, 2014

Kembara Malam – Edisi Ziarah Setinggan Taman Sri Enggang

Kembara Malam – Edisi Ziarah Setinggan Taman Sri Enggang
Tarikh: 09 Jan 2014 | 9.30 malam
Lokasi: Sungai Petani, Kedah

Pada 9hb Jan 2014 jam 9.30 malam, satu program ziarah telah dijalankan oleh pihak NGO Pembela. Tujuan ziarah ialah untuk meninjau kehidupan Pn. Fatimah bt Ismail yang tinggal di atas tanah rizab KTMB berdekatan Taman Seri Enggang, Sg Petani.

Rombongan seramai 15 orang termasuk 3 orang wakil masyarakat setempat telah bertemu di 'tempat berteduh' yang dibina sendiri oleh Pn. Fatimah dari papan lapis dan bahan buangan lain. Beliau yang tinggal berseorangan di situ merupakan seorang ibu tunggal dan berusia 67 tahun.

Sumber air utama untuk urusan mandi dan membasuh diperoleh dari telaga berhampiran rumah. Untuk minuman pula, air tapisan digunakan yang dibeli di kedai berhampiran. Bekalan elektrik memang tiada, cuma lilin saja yang digunakan untuk menerangi pondok kecilnya. Beliau yang tinggal di situ hampir 10 tahun tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan hanya mengharapkan bantuan sebanyak RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat setiap bulan.

Namun begitu, keadaan fizikal dan kesihatannya masih baik dan cuma mengalami sedikit masalah penglihatan dan sedang menjalani pemeriksaan mata di hospital. Beliau juga kini sedang dalam permohonan untuk mendapatkan rumah di bawah program PPRT oleh KEDA namun kelulusan permohonan masih samar samar.

Dalam ziarah tersebut, pihak PEMBELA mengambil peluang untuk menyampaikan sedikit sumbangan barangan keperluan harian berupa beras, roti, telur dll.

Terima kasih untuk penyumbang yang bermurah hati dan tahniah kepada semua yang telah meluangkan masa untuk melawat beliau.


Dan kepada sesiapa yang berhajat untuk menyumbang, boleh menghubungi pihak kami. Antara barangan yang diperlukan adalah:
- barang makanan / minuman
- tilam / bantal / selimut / toto
- barangan mandian
- barangan membasuh / baldi
- Lilin / ubat nyamuk / balang gas mudah-alih dll

Sila hubungi:
1) Nazrulnizam – 019 4589942
2) Azhan Jamaludin – 019 5512300
3) Faridah – 019 4149533
Related Posts with Thumbnails