Sunday, May 5, 2013

Edisi Santai - Hiking Gunung Baling

Tarikh: 04 Mei 2013
Tempat: Gunung Baling, Kedah Darulaman

Edisi santai hiking Gunung Baling bersama sama sahabat sahabat dari Geng Penjejak Gunung & Hikers-Trekkers United . Trip disertai lebih 20 orang peserta ini diketuai oleh Fizul Ahyat (Team Penjejak Gunung). Tahniah dan terima kasih buat semua!
 
 



Ziarah & Sumbangan Kepada Pesakit Kanser Hati Tahap 4

Tarikh: 03 Mei 2013
Tempat: Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Sessi ziarah dan pemberian sumbangan kepada pesakit kanser hati tahap 4 di Bandar Perda, Pulau Pinang. Turut menyertai sessi ziarah ini adalah sahabat sahabat dari Nusantara Bikers Club Malaysia, Crypton LC Penang Crew (CLPC), GKKnK - Gabungan Kelab Kereta negeri Kedah, Skuad RELA Ampang Jajar, Komuniti RELA serta rakan rakan penduduk setempat.

Encik Noraffandi atau dikenali sebagai Misai, 39 tahun telah menderita sakit kanser hati tahap 4 sejak 5 bulan yang lalu dan belum menerima bantuan khusus dari mana mana pihak. Antara sumbangan yang diserahkan pada sessi ziarah ini adalah alatan perubatan, kerusi roda, kerusi tandas, tongkat, air zam zam dan sumbangan berbentuk wang tunai.

Pihak pembela ingin merakamkan terima kasih buat semua yang menyumbang dan semua yang memberi sokongan dalam menjayakan sessi ziarah ini. Moga moga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memberikan keceriaan serta semangat kepada Encik Noraffandi. InsyaALLAH.
 
Kredit kepada semua penyumbang:
- Team PEMBELA
- Nusantara Bikers Club (NBC Penang)
- Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKnK)
- Crypton LC Penang Crew (CLPC)
- Skuad RELA Ampang Jajar / Komuniti RELA
- Pekerja Osram Penang
- Pekerja Silterra Kulim
- Sahabat sahabat serta kenalan rapat
 


 

Thursday, May 2, 2013

Kembara Mini Hari Buruh 2013

Tarikh: 01 Mei 2013
Tempat: Sekitar kawasan Semeling, Kedah Darulaman

Sessi ziarah ringkas & pemberian sumbangan barangan harian kepada keluarga kurang mampu sekitar kawasan Semeling, Sungai Petani, Kedah.
 
Menziarahi Pak Long Hashim Ismail yang mempunyai masalah penglihatan (buta sejak kecil). Tinggal bersama saudara yang juga bekerja tidak menentu serta mengharapkan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
 
Singgah bertanya khabar Tok Che Yah, warga emas berumur 80 tahun. Bergantung sepenuhnya kepada anak lelaki yang hanya bekerja kampung.
 
Melawat Encik Mohd Kiau Kucit, 61 tahun. Beliau yang mempunyai 7 orang anak (5 masih bersekolah) tidak mempunyai pekerjaan tetap dan bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
 

Sekitar Program Mini Karnival Keusahawanan Koperasi Merbok 2013

Tarikh: 01 Mei 2013
Tempat: Padang Awam Taman Malinja, Semeling, Kedah

Penglibatan PEMBELA dalam program anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Kuala Muda. Program kemasyarakatan ini berlangsung dari awal pagi dan berlanjutan hingga ke waktu malam.

Pelbagai acara disediakan oleh pihak penganjur termasuklah senamrobik, sukaneka kanak kanak, pameran agensi kerajaan & swasta, gerai gerai jualan dan juga persembahan artis tempatan.

Turut juga mengambil bahagian adalah Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKnK) yang juga telah mengadakan sambutan ulangtahun pertama penubuhan di samping pertunjukan audio & auto.

Tidak lupa juga buat KRT Taman Malinja yang bertungkus lumus mengelolakan program hingga jayanya. Tahniah dan syabas buat semua yang terlibat!





Penyerahan Sumbangan 'Walkie Talkie' kepada Rumah Anak Yatim Che Bema, Sungai Petani, Kedah

Tarikh: 30 April 2013
Tempat: Rumah Anak Yatim Che Bema, Sungai Petani, Kedah

Majlis ringkas penyerahan set 'Walkie Talkie' untuk kegunaan kerja kerja pengawasan & penyeliaan Rumah Anak Yatim Che Bema. Set 'Walkie Talkie' adalah sumbangan Janty Gemilang Enterprise. 
 
Di harap dengan sumbangan ini serba sedikit dapat memudahkan kerja kerja penyeliaan pihak pengurusan dalam mentadbir dan menjaga anak anak yatim ini. 
 
Sekali lagi jutaan terima kasih buat Janty Gemilang Enterprise atas sumbangan.
 

 
Related Posts with Thumbnails