Tuesday, October 20, 2009

16 September - Hari Malaysia cuti umum

Mulai tahun depan, ulang tahun sambutan Hari Malaysia pada 16 September diisytiharkan sebagai cuti umum di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan itu yang dibuat oleh Jemaah Menteri baru-baru ini bertujuan mengingati sejarah penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

Menurutnya, ini bermakna mulai 2010, rakyat akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar iaitu Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Tambah beliau, menerusi Hari Malaysia, kerajaan mahu suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak selepas mereka membuat keputusan untuk menyertai Malaysia sejak 1963 turut dirasai penduduk di Semenanjung.

"Hari Merdeka pada 31 Ogos kekal diraikan bagi mengingati perjuangan mencapai kemerdekaan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan untuk mengingati detik bersejarah itu.

"Hari Malaysia pula dirayakan dengan acara-acara bersifat mengerat perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat dalam bidang sukan, sosiobudaya, dan kesenian bagi menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya.

Berita Lanjut: Klik Sini

Kemasukan Pelajar Baru Sesi 1/2010 ke IKBN

Permohonan secara On-line Kemasukan Pelajar Baru Sesi 1/2010 ke IKBN dibuka pada 1 Oktober 2009 sehingga 25 Oktober 2009.


Sumber:
1) http://interaktif.kbs.gov.my/ikbnweb/public/index.php
2) http://www.ekbs.gov.my/

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) - Iklan Jawatan Kosong




Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

JAWATAN: PEMBANTU TRAFIK (GRED-N09G10)
TARIKH TUTUP: 30th October 2009

KELAYAKAN
· Calon luar hendaklah berumur tidak melebihi 26 tahun dan 35 tahun bagi calon yang sedang berkhidmat dengan KTM Berhad pada tarikh iklan ditutup;
· Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan;
· Mendapat kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) serta lulus Matematik serta Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
· Mempunyai penglihatan biasa tanpa kaca mata dengan ketetapan V6/6 bagi kedua-dua belah mata dan tidak buta warna;
· Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian;
· Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
· Sedia bertukar dan berkhidmat di mana-mana depoh;

SPESIFIKASI TUGAS
· Memeriksa semua tiket penumpang di atas tren;
· Memastikan penumpang-penumpang turun di destinasi yang betul mengikut tiket perjalanan;
· Memastikan semua penumpang memiliki tiket perjalanan yang sah;
· Membantu mengilirkan isyarat Semboyan Tangan bila mana perlu;
· Membantu melaksanakan perlindungan tren semasa tren mengalami kerosakan dan kemalangan seperti kegelinciran dan sebagainya apabila diarahkan;

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyertakan resume lengkap mengandungi pengalaman, butiran peribadi, salinan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran paspot dan sampul surat beralamat sendiri. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Permohonan hendaklah sampai pada atau sebelum 30 Oktober 2009 ke alamat berikut:-

PENGURUS BESAR
SUMBER MANUSIA DAN PENTADBIRAN
IBU PEJABAT KORPORAT KTM BERHAD
JALAN SULTAN HISHAMUDDIN
50621 KUALA LUMPUR

Sumber:
http://www.ktmb.com.my/images/default/2009/kerjaya/101409vacancy.pdf


Monday, October 19, 2009

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH - Iklan Jawatan Kosong


PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH MEMPELAWA CALON WARGANEGARA YANG BERKELAYAKAN DALAM BIDANG-BIDANG YANG BERKAITAN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN SECARA TETAP SEPERTI BERIKUT:

1.PUSTAKAWAN GRED S41
2.PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1

Maklumat Lanjut: http://kdhlib.gov.my/iklan.html


TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 1 NOVEMBER 2009


Sunday, October 11, 2009

Jambatan Ke-2 Pulau Pinang - Pembinaan Ikut Jadual

NIBONG TEBAL 10 Okt. - Kerja-kerja pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang kini sudah mencapai kemajuan sebanyak tujuh peratus dan dijangka siap mengikut jadual menjelang April 2013.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, dua daripada tiga pakej pembinaan projek itu sedang rancak dijalankan oleh syarikat UEM Builders Bhd. dan China Harbour Engineering Company (CHEC) Ltd.

Beliau berkata, walaupun terdapat sedikit kelewatan pada peringkat awal, pihaknya yakin kerja-kerja pembinaan jambatan akan dapat disiapkan mengikut tempoh yang dirancang.

"Setakat ini, kita berpuas hati dengan perjalanan projek yang dilaksanakan secara profesional oleh kedua-dua syarikat itu. Dua fasa pembinaan projek sudah pun dimulakan.

"Mungkin ada lewat sedikit pada peringkat awal tetapi selepas beberapa siri kajian dibuat, maka didapati lebih praktikal sasaran projek ini disiapkan sebelum April tahun 2013," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja pembinaan jambatan itu di Batu Kawan di sini hari ini.

Nor Mohamed turut mendengar taklimat serta meninjau penyediaan logistik bahan binaan projek itu yang terletak kira-kira empat kilometer dari Batu Kawan.

Beliau berkata, kemajuan tujuh peratus projek berkenaan merangkumi fasa keseluruhan projek berkenaan termasuklah pemasangan gantri dan cerucuk, penyediaan acuan serta kerangka konkrit.

"Kemajuan projek itu melibatkan keseluruhan perjalanan projek yang membabitkan pakej pertama dan kedua yang masing-masing menelan kos RM2.2 bilion dan RM1.55 bilion," tambahnya.

Menurutnya, pakej ketiga yang merangkumi kerja-kerja tanah serta pembinaan jalan raya akan dilakukan kemudian manakala tender bagi pakej tersebut akan ditawarkan dalam masa terdekat.


Source: Utusan Online

Related Posts with Thumbnails