Tarikh: 05hb Februari 2011
Tempat: Hospital Kuala Lumpur
Atas dasar kebajikan, keprihatinan serta simpati, pihak PEMBELA telah turun ke Kuala Lumpur pada cuti raya cina yang lepas untuk melawat dan memberi sumbangan kepada adik Hairuman yang cedera parah akibat terkena renjatan elektrik voltan tinggi.
Ketibaan PEMBELA di sambut oleh kakak mangsa, Puan Maryuni Miskon bersama suami. Adik Hairuman kini di tempatkan dan di kuarantin di Wad Rawatan Kebakaran, Hospital Kuala Lumpur. Kami dimaklumkan bahawa kedua dua tangan dan sebelah kaki adik Hairuman telah di potong. Jelas keceriaan terpancar di wajah adik Hairuman melihat kehadiran kami, namun wad ini mempunyai prosedur dan protokol yang amat ketat dan kami tidak dibenarkan sama sekali mengambil walau sekeping gambar bersama beliau.
Seterusnya kami sebagai mewakili rakan rakan memberi sumbangan kepada wakil mangsa iaitu kakak beliau, Puan Maryuni Miskon sebagai tanda simpati dan prihatin. Moga moga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu seterusnya memberi harapan kepada adik Hairuman agar terus tabah menghadapi dugaan ini.
Di kesempatan ini, pihak PEMBELA ingin merakamkan berbanyak terima kasih kepada rakan rakan penyumbang terutamanya dari kilang Osram Opto Semiconductors (Penang), Panasonic Trading (Kuala Lumpur), ahli ahli PEMBELA serta rakan rakan individu serta kenalan rapat yang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk menyelaraskan projek bantuan ini. Moga moga usaha kita semua mendapat rahmat dan diberkati ALLAH. InsyaALLAH.
Sedikit gambar untuk tatapan. Layari
FACEBOOK PEMBELA untuk photo yang lebih banyak.



