Saturday, May 24, 2014

Ziarah Susulan Ibu Tunggal Anak 5 - Bukit Jambul Indah, Penang

Tarikh: 23 May 2014
Lokasi: Taman Bukit Jambul Indah, Pulau Pinang

Ziarah susulan dan penyampaian sumbangan kepada Puan Lin, ibu tunggal anak 5 bertempat di Bukit Jambul Indah, Pulau Pinang bersama Encik Rosli dan Encik Mohamad yang mewakili rakan rakan sekerja kilang B.Braun, Bayan Lepas. 

Pada sesi ziarah kali ini, pihak rakan rakan dari kilang B.Braun ini telah menyerahkan sumbangan berbentuk barangan harian dan juga sumbangan tunai. Moga moga dengan sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat membantu kehidupan Puan Lin. Terima kasih buat semua yang menyumbang.

Kepada yang berhajat untuk membantu dan menziarahi Puan Lin, boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut. Sekian terima kasih.

Monday, May 12, 2014

Edisi Santai - Perlawanan Badminton Persahabatan PEMBELA vs KRT Taman Sri Delima (Juru, Penang)

Tarikh: 10 Mei 2014
Lokasi: Gelanggang Badminton Taman Wira, Sungai Petani, Kedah

Perlawanan badminton persahabatan antara Team PEMBELA dengan Team KRT Taman Sri Delima (Juru). Terima kasih buat semua yang terlibat dalam menjayakan acara santai ini. 

Dan sekalung perhargaan juga buat Puan Masnira Morad (Pegawai Belia & Sukan Daerah Kuala Muda) kerana sudi meluangkan masa dan seterusnya merasmikan perlawanan ini. 

Tahniah semua!











Sunday, May 4, 2014

Kembara Malam PEMBELA – Edisi Merbok / Lembah Bujang

Kembara Malam PEMBELA – Edisi Merbok / Lembah Bujang
Tarikh: 03 Mei 2014
Lokasi: Sekitar Merbok & Lembah Bujang, Kedah Darulaman

Pada malam 3hb Mei 2014 lepas, satu sesi ziarah dan penyerahan sumbangan buat warga daif dan kurang kemampuan telah dijalankan oleh pihak NGO Pembela. Kembara yang disertai seramai 15 orang termasuk sahabat-sahabat dari Team NPOC bermula jam 8.30 malam dan berakhir sekitar jam 11.00 malam.

Konvoi yang bermula di hadapan MRSM Merbok telah berkunjung ke 5 buah rumah dan antara sumbangan yang disampaikan termasuklah barangan harian, lampin pakai buang, kerusi roda, ubat ubatan, kain batik dan kain pelikat serta penyerahan wang tunai.



Rumah pertama yang dikunjungi ialah milik Puan Hatiyah bt Abbas yang telah hilang upaya akibat dari serangan strok sejak 6 bulan yang lepas. Beliau yang kini berusia 74 tahun hanya terlantar di rumahnya di Kampung Pengkalan Langgar dan dijaga oleh anak serta menantunya. Setiap dua minggu, pihak Klinik Kesihatan Merbok akan datang melawat dan menukar tiub salur pemakanannya.



Konvoi kemudian bergarak ke rumah En. Ahmad b. Puteh di Kampung Sungai Baru. Beliau telah berusia 80 tahun serta menghidap penyakit tua dan juga terlantar di rumah. Untuk memudahkan isterinya membawa beliau keluar, sumbangan berupa sebuah kerusi roda telah disampaikan.



Di kawasan Batu Hampar pula terdapat dua rumah yang dikunjungi iaitu milik En. Yusuf b. Mohamad Nor yang berusia 54 tahun dan menghidap penyakit kencing manis dan juga Pn. Shedah bt. Hj Yasin yang berusia 55 tahun dan juga menghidap penyakit kecing manis serta kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani.






Rumah terakhir yang dikunjungi didiami oleh En.Syawal b. Mat dan isterinya Pn. Salmiah bt. Said. Kedua-duanya patah di bahagian paha akibat dilanggar oleh sebuah kereta semasa menaiki motorsikal di Bedong. En. Syawal yang berkerja sebagai seorang pengawal keselamatan kini bercuti hingga ke bulan Ogos. Kini mereka hanya tinggal di rumah bersama seorang anaknya.



Terima kasih buat penyumbang-penyumbang yang prihatin serta memberi kepercayaan kepada kami dalam melaksanakan program amal ini. Akhir kata, terima kasih buat semua yang terlibat.

Disediakan oleh:
SukriKamis / Azhan Jamaludin
Team PEMBELA
Related Posts with Thumbnails