Thursday, February 27, 2014

Edisi Santai – Hiking Gunung Jerai via Sri Perigi 02nd Trail

Tarikh: 15 Feb 2014
Lokasi: Gunung Jerai, Kedah Darulaman

Mengikuti trip mendaki Gunung Jerai bersama rakan rakan dari Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Acara bermula 9.30 pagi dan berakhir sekitar jam 8.00 malam. 
 
Pendakian yang disertai seramai 35 orang bermula dari trek kedua Sri Perigi dan turun melalui trek Titi Hayun, Tangga Kenari. Pendakian diketuai oleh Abang Shukor (Yan Hikers – Otai Gunung Jerai).

Tahniah buat semua yang terlibat.
Disediakan oleh:
SukriKamis
Team PEMBELA

Jalan Jalan Masuk Kampung Edisi Malam bersama NGO Wargakilang – Ulu Bakai & Ulu Tawar

Tarikh: 26 Feb 2014
Lokasi: Sekitar sempadan Kulim / Baling, Kedah Darulaman

Pihak PEMBELA sekali lagi berpeluang mengikuti satu program amal anjuran NGO Wargakilang (JJMK BKRM). Aktiviti berbentuk pemberian sumbangan harian kepada 50 keluarga penduduk kampung yang miskin & daif. Sumbangan pakaian terpakai juga diadakan pada sesi lawatan kali ini.

Aktiviti kali ini membawa konvoi menjelajah ke pedalaman kawasan Kg Ulu Bakai & Kg Ulu Tawar yang terletak di antara sempadan daerah Kulim & Baling, Kedah Darulaman.

Program bermula sekitar jam 8.30 malam dan berakhir sekitar hampir 12.00 tengahmalam. Terima kasih buat semua yang terlibat.

Disediakan oleh:
SukriKamis
Team PEMBELA

Jalan Jalan Masuk Kampung Edisi Malam bersama NGO Wargakilang

Tarikh: 24 Feb 2014
Lokasi: Sekitar Kuala Ketil, Kedah Darulaman

PEMBELA berkesempatan menyertai satu program amal JJMK Edisi Malam (JJMK BKRM) anjuran NGO Wargakilang. Program berlangsung di sekitar kawasan Kg Bukit Endoi & Kg Tembak B, Kuala Ketil, Kedah Darulaman.

Program malam tadi menyaksikan sebanyak 50 keluarga miskin, kurang berkemampuan serta daif menerima sumbangan harian seperti beras, gula, tepung, minyak masak dan lain lain. Program bermula sekitar jam 9.00 malam dan berakhir lebih kurang jam 11.30 malam. Turut menyertai program adalah sekumpulan kelab kenderaan 4WD dari Sungai Petani.

Terima kasih buat semua yang terlibat.
 

Disediakan oleh:
SukriKamis
Team PEMBELA

Perasmian Pusat Aktiviti Kanak Kanak (PAKK) Flat Paya Nahu, Sungai Petani, Kedah

Tarikh: 25 Jan 2014
Lokasi: Sungai Petani, Kedah Darulaman

Hasil dari aktiviti gotong-royong melibatkan JKM Kuala Muda, GKKnK, PEMBELA, MPSPK dan lain lain di Tadika Perpaduan Flat Paya Nahu Sg. Petani pada minggu lepas, pada hari ini pelancarannya sebag...ai Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) telah disempurnakan oleh YB Datuk Suraya bt. Yaacob dalam satu majlis yang bernama Program Jalinan Murni Semarak Budi.

Majlis yang bermula jam 4.30 petang ini turut dihadiri oleh pemangku Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah, En. Ahmad b. Rashid yang telah memberikan ucapan aluan, sebelum ucapan perasmian oleh YB Datuk Suraya. Selain itu penyampaian kad keahlian kepada kanak-kanak terpilih serta plak penghargaan kepada wakil-wakil jabatan serta pertubuhan yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong turut diadakan.

Selepas sesi ucapan, para tetamu VIP telah meluangkan masa untuk melawat pusat aktiviti yang baru tersebut. Majlis kemudiannya ditamatkan dengan jamuan ringan dan sesi bergambar.

Program yang berjalan dengan lancar ini merupakan hasil dari kerjsama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat iaitu Pejabat JKM Daerah Kuala Muda, MPSPK, Jabatan Penerangan Daerah Kuala Muda, Jabatan Perpaduan, Pertubuhan Belia Amanah (PEMBELA), Rukun Tetangga Flat Paya Nahu, GKKnk serta Iriesh Butik Pengantin. Tahniah serta terima kasih buat semua yang terlibat.


Disediakan oleh:
SukriKamis / Azhan Jamaludin
Team PEMBELA

Gotong Royong Pusat Aktiviti Kanak Kanak (PAKK) Flat Paya Nahu, Sungai Petani, Kedah

Tarikh: 18 Jan 2014
Lokasi: Sungai Petani, Kedah Darulaman

Sempena cuti Keputeraan Sultan Kedah pada Ahad 18 Jan 2014, pihak PEMBELA telah dijemput untuk bersama sama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM Kuala Muda) dan Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKnK) untuk berganding bahu menganjurkan gotong royong bagi membersih, mengecat dan membuat susunatur semula Tadika Perpaduan bertempat di Flat Paya Nahu Sg. Petani, Kedah

Turut serta adalah beberapa individu dari Ahli Majlis MPSPK dan juga Pengarah JKM Kuala Muda ( Puan Rohana).

Pihak PEMBELA juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Arahman Crew (GKKnK) & Hamdan (PPOC). Jutaan terima kasih buat semua yang terlibat.
 
 
Disediakan oleh:
Sukri Kamis / Azhan Jamaludin
Team PEMBELA

Friday, February 7, 2014

Penyerahan sumbangan kepada waris kanak kanak penghidap kanser usus

Tarikh: Januari 2014
Lokasi: Bayan Lepas, Pulau Pinang

Sessi penyerahan sumbangan kepada waris kanak kanak penghidap kanser usus. Sumbangan adalah kebanyakkan dari pekerja pekerja Osram Opto Semiconductors (Penang), kenalan kenalan rapat serta orang awam.

Kami dari pihak PEMBELA ingin merakamkan ucapan berbanyak terima kasih buat semua yang menyumbang dan moga moga dengan sumbangan yang tidak seberapa ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban.

Kepada yang masih ingin menyumbang, boleh berhubung terus dengan waris kanak kanak, Encik Izhar di talian 012 5372880. Terima kasih.

Disediakan oleh:
SukriKamis
Team PEMBELA
Related Posts with Thumbnails