Tuesday, July 30, 2013

Kembara Emas Ramadhan 1434H / 2013

Tarikh: 27 Julai 2013
Lokasi: Sekitar Kg Selarong Panjang, Kulim, Kedah

Kembara Emas ialah program utama bagi NGO Pembela dalam bulan Ramadhan dan merupakan kesinambungan dari program Kembara Emas yang dijalankan pada tahun-tahun sebelumnya. Program ini bertujuan untuk mengadakan sesi lawatan dan seterusnya menyampaikan sumbangan khusus untuk warga emas yang daif sekitar kawasan setempat. Pada tahun ini, kawasan yang terpilih ialah warga daif sekitar Selarong Panjang, Kulim, Kedah. Dari tinjauan AJK Pembela serta maklumat yang diberikan oleh pihak JKKK, terdapat 7 keluarga yang patut diberikan perhatian.

Hasil dari sumbangan rakan-rakan setempat serta dari Kuala Lumpur, pelbagai barangan keperluan harian seperti makanan serta barangan kegunaan peribadi seperti sabun, berus gigi dll telah dapat dibeli untuk diserahkan kepada warga-warga daif ini.

Aktiviti Kembara Emas Ramadhan 1434H bermula tepat pukul 2.30 petang pada 27hb Jun 2013. Setelah berkumpul di Daging Segar Outlet, Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani untuk pemunggahan barangan sumbangan, para peserta yang bertolak dengan 3 buah kenderaan menuju ke check-point pertama di Stesen Petronas Sg Seluang untuk bertemu dengan sebuah lagi kenderaan yang bertindak sebagai penunjuk jalan ke Selarong Panjang, Kulim, Keempat-empat kenderaan kemudiannya tiba di Masjid Qariah Selarong Panjang pada pukul 3.45 petang dan disambut oleh pihak JKKK.

Kediaman pertama yang dilawati ialah milik Puan Jamaliah Che Mad, seorang warga emas yang tinggal bersendirian dan tidak bekerja. Kemudiannya lawatan diteruskan ke rumah berhadapan beliau iaitu En. Murad.

Dari situ rombongan bergerak ke kediaman En. Mat Desa Hassan. Beliau dan isterinya merupakan pengidap penyakit sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Tambah memburukkan lagi keadaan bila pasangan ini tidak bekerja serta tidak mendapat sebarang bantuan. Rumah keempat pula ialah milik En. Omar Bashah, seorang warga emas yang juga tiada pendapatan tetap. En. Mat Isa Mat pula merupakan penerima kelima sumbangan pada tahun ini. Beliau yang tinggal dengan anaknya, tidak mampu lagi bekerja sejak terlibat dalam kemalangan dan juga tidak menerima sebarang bantuan. Berhampiran dengan rumahnya, seorang lagi penerima ialah En. Daus Yunus yang menderita akibat sakit uraf saraf. Hingga kini beliau juga belum menerima sebarang bantuan dari pihak berkaitan.

Konvoi Kembara Emas Ramadhan 1434H diakhiri dengan lawatan ke rumah Puan. Safiah Abdul Rahman yang berusia 87 tahun. Walaupun menghadapi kesukaran dalam penglihatan akibat sakit kencing manis yang dihidapinya, beliau ceria menerima kunjungan dan sangat berterima kasih atas sumbangan dari pihak-pihak yang prihatin.

Program pada tahun ini berakhir kira-kira pukul 5.30 petang dan sebelum bergerak pulang, peserta konvoi sempat menyerahkan sedikit cenderahati kepada pihak JKKK yang sudi menemani lawatan ke setiap rumah. Semoga dengan sumbangan yang serba-sedikit tersebut, dapat meringankan beban para warga emas yang menerimanya.

Disediakan oleh:
Azhan Jamaludin
Team PEMBELA
 

Tuesday, July 23, 2013

Mini Kembara Malam Ramadhan 1434H - Edisi 1.0

Tarikh: 22 Julai 2013 - 11.00malam
Lokasi: Kg Bukit Inas, Semeling, Kedah

Menziarahi serta memberi sumbangan buat warga emas bertempat di Kg Bukit Inas, Semeling, Kedah. Makcik Che Munen Abdullah - 59 tahun yang tinggal seorang diri. 
Tiada sumber pendapatan tetap dan hanya berharap bantuan ehsan jiran jiran terdekat. Kadang kadang hasil pendapatan bergantung kepada tanaman kampung seperti kunyit, serai dan sebagainya. 
Hasil pendapatan sekali jualan dalam lingkungan RM10.00 seminggu. Moga moga sumbangan yang tak seberapa ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban Makcik Munen.






Monday, July 22, 2013

Program Amal D'Kasih 3 - Anjuran GKKnK

Tarikh: 21 Julai 2013
Lokasi: Rumah Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan Nur Hidayah, Kupang, Baling, Kedah

Program amal berbuka puasa bersama anak anak yatim Pertubuhan Kebajikan Nur Hidayah, Kupang, Baling, Kedah anjuran Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKnK).

Dianggarkan lebih 60 buah kenderaan termasuklah kereta serta motosikal berkuasa tinggi dari pelbagai kelab antaranya PPOC, MYPC, WOCM, PWC, PROSAT, M7 KEDAH, PROSANK, MSOC, PROCC, KELKETU, NPOC, PEMBELA, DASCO, PERTAMA, PEMBELA, NEXO, 1STREAMER, OSC, Pilot One BikersClub serta lain lain.

Di majlis ini juga diadakan bacaan tahlil di samping pemberian sumbangan kepada rumah anak yatim ini. Tahniah buat semua yang terlibat. Terima kasih.

Wednesday, July 17, 2013

Edisi Santai: Trip Gunung Yong Belar - Anjuran Seram Trekkers Crew (STC)

Tarikh: 06 ~ 08 Julai 2013
Lokasi: Gunung Yong Belar

Edisi santai sebelum Ramadhan, trip mendaki Gunung Yong Belar. Untuk makluman, Gunung Yong Belar dengan ketinggian 7156 kaki merupakan puncak yang ketiga tertinggi di Semenanjung Malaysia dan terletak di sempadan negeri Perak Darul Ridzuan dengan Pahang Darul Makmur dan Kelantan Darul Naim, Malaysia.

Trip santai ini disertai oleh seramai 13 orang dan diadakan selama 3 hari 2 malam dan di bawah anjuran Seram Trekkers Crew (STC). Turut terlibat dalam trip ini adalah peserta dari Hikers Trekkers United - Penjejak Gunung (HTU), Geng Semut Hitam (GSH) dan juga PEMBELA serta dengan kerjasama KongKang Adventure Team (KAT) yang bertindak sebagai jurupandu.

Tahniah dan syabas buat semua!

STC:
Alang Fazeri - Project Manager
Tanglong / Matkri / Juni Lim

HTU / Penjejak Gunung:
Freida Yanie / Johnny Salleh / Mini Copper / Razman / Mazlan

KongKang Adventure Team:
Syahrul / Pacat / Along / Mila



Thursday, July 4, 2013

Kembara Titian Kasih 2.0 Kubang Semang 2013 - Anjuran NPOC

Tarikh: 29 Jun 2013
Tempat: Sekitar Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

PEMBELA menyertai program amal anjuran NPOC northern persona owner club. Program juga turut dibantu oleh Proton Persona Elegance Owners Club (PPEOC), Nusantara Bikers Club Malaysia (NBC Penang), Majlis Belia SPT dan juga penduduk setempat. 
 
Program ini berbentuk lawatan dari rumah ke rumah dan memberi sumbangan kepada golongan warga emas yang daif, orang kurang upaya serta ibu tunggal. Tahniah buat semua yang terlibat.
 

Related Posts with Thumbnails