Wednesday, February 27, 2013

Penang Hill Night Hike - Anjuran Hikers Trekkers United (HTU)

Tarikh: 23 Feb 2013
Tempat: Penang Hill, Penang

Pihak PEMBELA berkesempatan menyertai satu acara hiking anjuran dan kelolaan Hikers Trekkers United (HTU). Acara disertai oleh seramai 49 orang yang terdiri dari team PEMBELA, Hikers Trekkers United (HTU), Geng Semut Hitam (GSH), Kelab Cabaran Pulau Pinang (KCPP) serta beberapa individu dari lain lain team.

Kesemua 49 peserta telah berjaya sampai ke Puncak Bukit Bendera (830 meter @ 2730 kaki dari paras laut). Acara bermula sekitar jam 9.00pm (23 Februari, 2013) dan selamat tiba kembali pada jam 3.30am (24 Februari, 2013). Diketuai oleh Sarizal Mohammad dari Team HTU. Tahniah dan syabas buat semua yang terlibat!




Thursday, February 21, 2013

Eksplorasi Gua Tempurung 2013

Tarikh: 16 Feb 2013
Tempat: Gua Tempurung, Perak

Aktiviti riadah anjuran PEMBELA dengan kerjasama Kor Kesihatan DiRaja 6Briged ATM, Skuad 1Malaysia AADK Kuala Muda, Majlis Belia Daerah Kuala Muda, Hiker-Trekkers United, Geng Semut Hitam

Aktiviti bermula seawal jam 7.00 pagi bermula di Hentian RnR Juru. Sebanyak 44 orang peserta telah mengikuti aktiviti eksplorasi ini. Konvoi mula bergerak sekitar jam 7.30 pagi dan di iringi oleh ambulans beserta pasukan paramedik daripada Kor Kesihatan DiRaja 6Briged ATM. 

Konvoi kemudian berhenti minum pagi di Hentian Bukit Gantang dan seterusnya tiba di lokasi Gua Tempurung sekitar jam 10.15 pagi. 

Kemudian peserta diberikan taklimat ringkas dari pihak penganjur serta ucapan ucapan dari setiap wakil kumpulan. Seterusnya memulakan eksplorasi sekitar jam 11.00 pagi dan berakhir sekitar jam 4.00 petang.

Di kesempatan ini, pihak PEMBELA ingin merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang diberikan termasuk sokongan ambulans & pasukan paramedik dari Angkatan Tentera Malaysia, cenderahati sumbangan Skuad 1Malaysia AADK Kuala Muda, sumbangan makanan & minuman ringan dari Majlis Belia Daerah Kuala Muda serta sokongan dari semua peserta yang terdiri dari ahli PEMBELA, Geng Semut Hitam, Hikers-Trekkers United serta individu perseorangan.

Tahniah dan syabas buat semua yang terlibat!





Monday, February 11, 2013

Pertandingan Bola Tampar & Bola Jaring 2013

Tarikh: 08 Feb 2013
Tempat: Persisiran Pantai Tanjung Dawai, Kedah

Pertandingan Bola Tampar & Bola Jaring 2013 bertempat di persisiran pantai Tanjung Dawai, Kedah Darulaman. Syabas dan tahniah buat semua pemenang.
 






 

Gotong Royong sempena Program My Beautiful Day Malaysia 2013

Tarikh: 03hb Feb 2013
Tempat: Taman Lembah Bujang, Merbok, Kedah

Menyertai gotong royong bersama sama Skuad 1Malaysia, KRT Taman Malinja & pelajar UiTM Merbok. Terima kasih buat semua yang terlibat.








Thursday, February 7, 2013

Majlis Tahlil & Jamuan Makan bersama Anak Yatim Che Bema

Tarikh: 03hb Februari 2013
Tempat: Rumah Anak Yatim Che Bema, Sungai Petani, Kedah

Majlis anjuran Persatuan Pemilik Kereta Lama (PERTAMA) dengan kerjasama PEMBELA. Majlis ringkas bacaan Yaasin serta Tahlil sebaik sahaja selesai solat Maghrib berjemaah bersama sama dengan anak yatim. Seterusnya jamuan makan untuk anak anak yatim beserta jemaah yang hadir.

Pada kesempatan ini, pihak PEMBELA ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih terutamanya kepada penyumbang penyumbang dan juga kepada semua yang terlibat.










Berkenu ke Pulau Kazambo, Penang

Tarikh: 02hb Feb 2013
Tempat: Pulau Kazambo, Penang

Sessi riadah berkenu ke Pulau Kazambo bersama sama dengan rakan rakan dari Kelab Cabaran Pulau Pinang serta Hiker-Trekkers United. Aktiviti bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir sekitar jam 11.30pagi. Terima kasih buat semua yang terlibat.








Related Posts with Thumbnails