Tuesday, January 29, 2013

Jalan Jalan Cuti Maulidur Rasul

Tarikh: 24hb Jan 2013
Tempat: Kg. Sg. Layar Hujung, Sungai Petani, Kedah

Bersempena cuti umum yang lalu, pihak PEMBELA berkesempatan menziarahi sebuah rumah yang didiami oleh warga emas yang uzur.

Pak Hashim, berusia 73 tahun tidak mampu berjalan dan tinggal bersama isteri yang hanya bekerja kampung. Mereka juga mempunyai seorang anak lelaki berusia 35 tahun yang dikategorikan sebagai OKU dan menghadapi komplikasi penyakit mental. 
Pada sessi ziarah kali ini, pihak PEMBELA telah menyerahkan sebuah kerusi roda untuk kegunaan Pak Hashim berserta dengan sedikit barangan keperluan harian.
Untuk makluman, projek sumbangan kerusi roda tersebut adalah sebahagian projek jangkasama panjang dan berterusan yang kami usulkan kepada sahabat sahabat kami yang ingin membuat amal. Kerusi roda ini adalah wakaf dari sahabat kami yang meminta kami menyerahkan kepada yang memerlukan.

Kerusi roda tersebut sebelum ini telah kami serahkan kepada Tok Mek yang menderita sakit barah usus (http://pembelasp.blogspot.com/2013/01/ziarah-tahun-baru-sumbangan-kerusi-roda.html), namun Tok Mek hanya sempat menggunakan kerusi roda tersebut dalam masa yang singkat kerana Tok Mek telah pun meninggal dunia pada dua minggu yang lepas. Kemudian waris Tok Mek telah menyerahkan kembali kerusi roda tersebut kepada pihak kami kerana pihak mereka sudah tidak memerlukan lagi kerusi roda tersebut. Dan kami kemudian telah membuat keputusan untuk menyerahkan kerusi roda tersebut kepada Pak Hashim.

Buat semua sahabat sahabat yang mempunyai kerusi roda yang sudah tidak digunakan lagi dan dalam berkeadaan baik, boleh menghubungi kami jika berhajat untuk mewakafkan kerusi roda tersebut dan insyaALLAH kami akan menyerahkan kerusi roda tersebut kepada pihak yang memerlukannya.

Pada sessi jalan jalan hari cuti umum itu juga, kami sempat singgah di sebuah rumah seorang pesakit stroke dan menyerahkan sedikit sumbangan berbentuk barangan harian.

Perarakan sempena Sambutan Hari Maulidur Rasul 2013

Tarikh: 24 Jan 2013
Tempat: Merbok, Kedah Darulaman

PEMBELA mendapat jemputan menyertai perarakan sempena sambutan Hari Maulidur Rasul 2013. Perarakan bermula di SMK Merbok dan berakhir di Masjid Merbok. Perarakan disertai hampir 2000 orang yang terdiri dari agensi agensi kerajaan serta NGO NGO kawasan sekitar.

Pada perarakan ini, PEMBELA juga telah membawa 21 orang anak yatim dari Rumah Anak Yatim Che Bema, Sungai Petani untuk turut serta menyertai dan memeriahkan perarakan ini. 

Terima kasih buat semua yang terlibat.



Wednesday, January 9, 2013

Edisi Santai - Penang Hill Evening Hike

Tarikh: 05th January 2013
Tempat: Bukit Bendera, Pulau Pinang

Sessi riadah sambil bersantai, aktiviti "Penang Hill Evening Hike" anjuran Budiman's Expedition Team diketuai oleh saudara Fisol Khalib dan disertai oleh  seramai 24 orang peserta.

Pendakian bermula sekitar jam 4 petang bermula di Botanical Garden - Pondan Hill - Cendana Hill - 84 - Moniot - Bukit Bendera Peak.

Sekitar jam 7.00 petang, kesemua peserta telah berjaya sampai ke puncak Bukit Bendera. Kepuasan dan kegembiraan terpancar di muka kesemua peserta. Menikmati pemandangan indah dari puncak Bukit Bendera menghilangkan segala kepenatan yang di alami.

Kemudian kesemua peserta melakukan aktiviti sendiri, bergambar dan seterusnya berjalan kaki turun sekitar jam 9.30malam dan tiba di Botanical Garden sejam kemudian.

Tahniah dan syabas buat semua yang terlibat!











Wednesday, January 2, 2013

Ziarah Tahun Baru - Sumbangan kerusi roda untuk pesakit barah usus

Tarikh: 01 Januari 2013
Tempat: Kg Che Bema, Sungai Layar, Sg Petani, Kedah

Sempena cuti tahun baru, kami dari team PEMBELA berpeluang menziarahi seorang warga emas yang terlantar sakit.

Mek bt Awang, 74 tahun yang kematian suami tinggal bersama seorang anak yang juga OKU. Tok Mek menderita sakit barah usus sejak 3 tahun yang lepas dan segala pergerakan adalah amat terbatas serta mengharapkan bantuan ikhsan dari jiran jiran serta saudara terdekat.

Pada kunjungan kali ini, Team PEMBELA telah menyerahkan sumbangan berbentuk kerusi roda serta serba sedikit barangan keperluan untuk kegunaan keluarga ini.

Kepada sesiapa yang ingin menziarahi Tok Mek, boleh datang ke alamat berikut: No. 11B, Kg Che Bema, Sungai Layar, 08000 Sungai Petani, Kedah.

 
 
 

Tuesday, January 1, 2013

Iklan Jawatan Kosong - Lembaga Getah Malaysia


Maklumat lanjut: www.lgm.gov.my

Pakej Komunikasi Belia - Rebat RM200 bermula 1 Januari 2013

Pakej Komunikasi Belia - Rebat RM200 bermula 1 Januari 2013. Maklumat lanjut layari: www.skmm.gov.my

Iklan Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam Januari 2013

Makumat Lanjut: www.spa.gov.my

Selamat Tahun Baru 2013


Related Posts with Thumbnails