Tuesday, October 23, 2012

Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Januari 2013


Iklan Jawatan Kosong - SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA



Sumber: KLIK SINI

Monday, October 22, 2012

Santai - Layan Bola Final Piala Malaysia 2012

Tarikh: 20hb Oktober 2012
Tempat: Bangcik Burger, Taman Melor, Sg Layar, Sungai Petani, Kedah

Majlis santai anjuran Bangcik Burger Sg Layar dengan kerjasama Pejabat Belia & Sukan Daerah Kuala Muda serta PEMBELA.

Dengan kehadiran segenap lapisan masyarakat, majlis berlangsung dengan begitu meriah sekali walaupun dalam keadaan hujan. Kesemua penonton bersorak dan bergembira menyaksikan skrin besar perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 yang menemukan pasukan ATM berdepan dengan pasukan Kelantan yang berkesudahan Kelantan berjaya memenangi Piala Malaysia untuk musim 2012 ini.

Dengan kesempatan ini, pihak PEMBELA ingin merakamkan ucapan tahniah buat Bangcik Burger serta krew atas kejayaan mengendalikan program ini. Terima kasih juga buat semua rakan rakan PEMBELA yang sudi hadir memeriahkan majlis termasuklah NPOC, PWC, COE Utara, Dasco, KRT Taman Malinja, GKKnK serta rakan rakan kawasan setempat. 

Turut hadir adalah Dato Haji Tajul Urus, saudara Shaiful Hazizy serta saudara Anuar Ahmad sebagai wakil Gerakan Belia 4B (M) kawasan Merbok. 

Terima kasih semua!
 
 
 
 
 
 
 

Sunday, October 14, 2012

Ekspedisi Gunung Jerai 2012 - Anjuran PEMBELA

Tarikh: 13hb Oktober 2012
Tempat: Gunung Jerai, Kedah Darulaman

Syukur aktiviti telah selesai dan puncak Gunung Jerai berjaya ditawan. Sekalung tahniah buat semua peserta yang berjaya menamatkan Ekspedisi Gunung Jerai 2012 anjuran PEMBELA. Aktiviti secara keseluruhan melibatkan sejumlah 44 orang peserta termasuklah team PEMBELA, NPOC, KKL Utara, JRRCMDU,  SUA, KVC, PWC, student UniKL, team Fujiansx, team Budiman's Expedition serta individu perseorangan.

Pendakian yang bermula sekitar jam 10.00 pagi bermula di kaki bukit Titi Hayun, Yan, Kedah. Berbekalkan semangat serta emosi yang kental disamping sifat kerjasama bantu membantu dalam pasukan, puncak Gunung Jerai berjaya ditakluki sekitar jam 3.00 petang. Biarpun mengambil masa yang agak panjang, namun ia adalah satu pencapaian yang hebat kerana rata rata peserta tiada pengalaman dan merupakan 'bidan terjun' dalam bidang pendakian gunung. Walaupun keletihan, kekejangan otot, kelaparan dan sebagainya, semua peserta tersenyum puas kerana berjaya menamatkan pendakian dan gembira menikmati pemandangan indah ketika berada di puncak Gunung Jerai.

Acara mengutip sampah di dalam hutan turut dijalankan sebagai salah satu pengisian dalam ekspedisi pendakian Gunung Jerai ini. Para peserta juga disajikan dengan acara BBQ serta makan makan yang disediakan oleh katering Sinar Utara Agrofarm (SUA) setibanya di puncak Gunung Jerai.

Sehubungan itu, pihak PEMBELA ingin merakamkan ribuan terima kasih buat semua peserta atas sokongan yang diberikan dalam menjayakan ekspedisi ini. Terima kasih juga buat Majlis Belia Daerah Kuala Muda serta Pejabat Hutan Negeri Kedah yang telah memberi kerjasama dalam merealisasikan aktiviti ini.

Akhir sekali, syabas untuk semua! Sedikit photo untuk dikongsi bersama. Untuk lebih banyak foto, sila layari FACEBOOK PEMBELA.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sunday, October 7, 2012

Majlis Tahlil & Jamuan Makan - Rumah Anak Yatim Al - Munirah, Gurun, Kedah

Tarikh: 06hb Oktober 2012
Tempat: Rumah Anak Yatim Al - Munirah, Gurun, Kedah

Program anjuran Kelab Kereta Lama (KKL Utara) dengan kerjasama PEMBELA. Majlis ringkas dan penuh bermakna ini turut disertai oleh anak anak yatim Kg Che Bema, Sungai Petani seramai 20 orang yang dibawa khas oleh KKL Utara yang berkonvoi hampir 35 buah kenderaan bermula dari Sungai Petani. Rumah Anak Yatim Al - Munirah sendiri mempunyai anak yatim seramai 28 orang.

Majlis bermula dengan sembahyang Maghrib berjemaah dan seterusnya bacaan tahlil serta doa selamat.Majlis penyampaian sumbangan turut diadakan selepas sembahyang Isyak di mana sebanyak 6 biji almari pakaian, 40 helai cadar serta segulung sejadah panjang telah disumbangkan kepada pihak Rumah Anak Yatim Al - Munirah. Sesungguhnya pihak pengurusan Rumah Anak Yatim Al-Munirah amat gembira dengan sumbangan tersebut dan kami dimaklumkan, sumbangan almari pakaian amat diperlukan untuk kegunaan anak anak yatim di rumah tersebut pada waktu sekarang.

Majlis juga diserikan dengan persembahan oleh anak anak yatim Rumah Al-Munirah. Setelah selesai, anak anak yatim tersebut kemudian diraikan dengan jamuan makan dan seterusnya bersurai.

Di kesempatan ini, pihak PEMBELA ingin merakamkan ucapan terima kasih buat penyumbang penyumbang yang bermurah hati memberi sumbangan untuk majlis ini. Terima kasih juga buat kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh KKL Utara dalam menjayakan program ini. Dan tidak lupa juga buat pihak pengurusan Rumah Anak Yatim Al-Munirah yang memberi layanan, kerjasama serta memberi peluang kepada kami dalam merealisasikan program ini.

Akhir sekali, terima kasih buat semua yang terlibat. Sedikit gambar untuk dikongsi bersama. Untuk lebih banyak foto, sila layari FACEBOOK PEMBELA.


 
 
 
 
 

 
 
 

 



 
 
Related Posts with Thumbnails