Saturday, September 29, 2012

Intipati Bajet 2013 - Bajet Sejahtera

Sumber: BH

Sunday, September 23, 2012

Projek Komuniti anjuran Krew Bangcik Burger dengan kerjasama PEMBELA

Tarikh: 22hb September 2012
Tempat: Sungai Petani, Kedah

Satu projek komuniti anjuran Krew Bangcik Burger dengan kerjasama PEMBELA. Aktiviti berkonsepkan gotong royong membersihkan kawasan rumah, mengecat, baikpulih kecil kecilan serta pemberian sumbangan kepada belia tersisih.

Belia yang dimaksudkan adalah Mazaidi bin Saad, 18 tahun telah tercicir sekolah (berhenti sekolah) sejak Tingkatan 3. Setelah kehilangan ibu (meninggal dunia) ketika berusia 7 tahun, beliau tinggal bersama bapanya. Namun kami difahamkan setahun setelah kematian ibunya, bapanya telah berkahwin lain dan ketika beliau berada di Tingkatan 3 (15 tahun) bapanya telah berpindah keluar dari rumah pusaka tinggalan arwah ibu. Sejak itu beliau telah mendiami rumah itu seorang diri dan akhirnya tercicir dari persekolahan.

Beliau yang terabai tanpa sebarang penjagaan terpaksa berhenti sekolah akibat tidak mampu dan melakukan pelbagai jenis pekerjaan (kebanyakan kerja sebagai pembantu kedai makan) untuk menyara hidup dengan pendapatan harian secara purata sebanyak RM20.

Kami dimaklumkan bahawa bapa beliau langsung tidak pernah mengunjungi beliau sejak berpindah keluar dari rumah tersebut. Dan kadang kadang adik Mazaidi terpaksa mengharapkan bantuan ehsan dari jiran jiran terdekat.
 
Atas dasar keprihatinan dan ehsan, pihak Krew Bangcik Burger dengan kerjasama PEMBELA telah melakukan lawatan mengejut dengan mengadakan gotong royong membersihkan rumah serta kawasan sekitar.

Sehubungan itu jika ada pihak di luar sana yang ingin membantu adik Mazaidi samada bantuan dari segi tawaran pekerjaan, latihan kemahiran atau sebagainya boleh menghubungi beliau sendiri seperti maklumat di bawah:

Nama: Mazaidi Bin Saad
Nombor telefon: 014 - 7579821
Alamat:  22/A, Kg Tok Khamis, Taman Seroja, Sg Layar Hujung, 08000 Sungai Petani, Kedah

Atau boleh menghubungi Bangcik Burger di talian: 013 4025357
 
Adik Mazaidi (baju hitam putih) bersama Bangcik

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Monday, September 17, 2012

Konvoi Jalur Gemilang 16 September 2012 - Anjuran GKKnK dengan kerjasama PEMBELA

Tarikh: 16hb September 2012
Tempat: IPD Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah

Program anjuran Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKnK) dengan kerjasama PEMBELA bersempena dengan Hari Malaysia 16 September. Program juga dibantu oleh Majlis Belia Daerah Kuala Muda serta Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda.

Program yang bertemakan kempen " Kami Benci Pencuri Kenderaan" disertai oleh hampir 250 buah kenderaan pelbagai jenis yang datang dari 18 kelab kereta seluruh negeri Kedah yang bernaung di bawah GKKnK.

Dengan subjek pengisian program yang mudah tapi bermanfaat, kesemua peserta berkonvoi ke 5 destinasi utama iaitu Pantai Merdeka, Sedim, Yan, Jam Besar Sungai Petani serta Jitra dengan membawa mesej kesedaran kepada orang awam mengenai jenayah kecurian kenderaan yang semakin berleluasa. Risalah risalah tentang kesedaran jenayah kecurian kenderaan juga turut diedarkan sepanjang tempoh berkonvoi.

Turut hadir dalam majlis pelepasan peserta konvoi adalah Tuan Ong Aik Chang (Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda), Dato Haji Tajul Urus (Penyelaras Parlimen Merbok), Encik ML Maran (Penyelaras DUN Bukit Selambau) serta saudara Rosnawi Zenon (Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Muda).

Di kesempatan ini, PEMBELA ingin merakamkan sekalung ucapan tahniah serta terima kasih kepada barisan ahli jawatankuasa GKKnK terutamanya saudara Abdul Rahman (Pengerusi GKKnK) atas kepercayaaan dan memberi peluang kepada PEMBELA untuk turut serta dalam menjayakan program kesedaran ini.

Terima kasih buat semua yang terlibat.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Menghadiri jemputan Majlis Sambutan Aidilfitri NPOC

Tarikh: 08hb September 2012
Tempat: Dewan Taman Siswa, Jitra, Kedah

Menghadiri Jamuan Aidilfitri NPOC bertempat di Dewan Taman Siswa, Jitra, Kedah. Terima kasih atas jemputan :)
 

 
 
 

Jungle Trekking - Rumah Api Muka Head, Teluk Bahang, Pulau Pinang

Tarikh: 15hb September 2012
Tempat: Teluk Duyung (Monkey Beach), Teluk Bahang, Pulau Pinang

Aktiviti sampingan selepas ekspedisi Kayak 2012. Acara jungle trekking ke Rumah Api Muka Head, Teluk Bahang, Pulau Pinang.
 
 
 
 
 
 

Ekspedisi Kayak 2012 - Pulau Kazambo, Pulau Pinang

Tarikh: 15hb September 2012
Lokasi: Pulau Kazambo, Pulau Pinang (pulau kecil bersebelahan jambatan Pulau Pinang)

Ekspedisi kayak anjuran PEMBELA dengan kerjasama Kelab Cabaran Pulau Pinang. Ekspedisi juga disertai oleh rakan rakan dari NPOC, JRRCMDU serta Smart eBook Library. Ekspedisi yang merangkumi aktiviti berkayak, 'island trekking' serta mandi manda bermula jam 8.00pagi dan berakhir sekitar 12.00 tengahari.

Dan kepada sesiapa atau mana mana kumpulan yang berminat hendak menjalankan aktiviti kayak seperti ini, boleh menghubungi kami untuk bantuan. Akhir sekali, terima kasih buat semua yang terlibat dalam menjayakan ekspedisi ini. Memang sempoi!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Related Posts with Thumbnails