Tuesday, August 28, 2012

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 55





Menghadiri Jemputan Majlis Berbuka Puasa 2012

Tarikh: 17hb Ogos 2012
Tempat: Cinta Sayang Golf & Country Club, Sungai Petani, Kedah

Pihak PEMBELA menghadiri majlis berbuka puasa atas jemputan dari Dato Tajul Urus (Penyelaras Parlimen Merbok). Terima kasih atas undangan.

 
 
 
 

Sumbangan Bubur Lambuk 2012

Tarikh: 12hb Ogos 2012
Tempat: Sekitar Taman Melor, Sungai Petani, Kedah

Program agihan bubur lambuk kepada penduduk setempat anjuran serta di bawah kelolaan Krew Bangcik Burger Sg Layar dengan kerjasama PEMBELA serta Nazza Trading & Services. Sebanyak 300 bungkus bubur lambuk telah diedarkan kepada orang ramai. Terima kasih buat semua yang terlibat.

 
 
 
 

Tuesday, August 14, 2012

Kembara Sahur 2012

Tarikh: 12hb Ogos 2012
Tempat: Sekitar kawasan Sungai Petani, Kedah

PEMBELA telah menganjurkan satu kembara sahur dengan fokus utama penerima adalah golongan pengawal keselamatan (security guard) sekitar kawasan Sg Petani. Penerima sumbangan yang terdiri dari pengawal keselamatan untuk sekolah, institusi pengajian, jabatan serta agensi kerajaan telah menerima sumbangan berbentuk makanan sahur serta minuman.

Kembara juga telah ditemani oleh rakan rakan dari Kelab Kereta Lama (Utara), Wira Aeroback Club Malaysia (WACM) serta krew Bangchik Burger Sg Layar. Turut menyertai kembara adalah rakan rakan dari Gelanggang Gayong Sg Layar dan di temani oleh saudara Anuar Ahmad (Pengerusi Kelab Sukan Komuniti Tanjung Dawai) hingga ke destinasi terakhir program. Sebanyak 100 set makanan dan minuman telah diagihkan kepada penerima yang terpilih.

Semasa perjalanan, kembara juga sempat ditemani oleh Dato Tajul Urus (penaung Belia 4B Kaw. Merbok) dan saudara Shaiful Hazizy (Pengerusi Belia 4B Kaw. Merbok) hingga ke beberapa 2 - 3 lokasi.

Kembara bermula jam 12.00 tengah malam dan berakhir sekitar 3.30 pagi. Akhir sekali, terima kasih buat semua yang terlibat serta kerjasama yang diberikan.

 
 

 
 
 
 
 

 
 
 

Monday, August 13, 2012

Kembara Emas Ramadhan 2012

 Tarikh: 11hb Ogos 2012
Tempat: Kg Kepala Gajah, Simpang 4 Tasek, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang

PEMBELA dengan kerjasama Kelab Kereta Lama (Utara) serta Nusantara Bikers (NBC) telah mengadakan satu program amal serta pemberian sumbangan kepada golongan sasaran yang terdiri dari  keluarga miskin dan daif bersempena dengan bulan Ramadhan. Di samping pemberian sumbangan, sessi gotong royong juga telah diadakan semasa lawatan.
Program turut dihadiri oleh orang perseorangan serta rakan rakan dari kelab NPOC serta PPEOC.

Sehubungan itu, pihak PEMBELA ingin merakamkan ribuan terima kasih buat semua yang terlibat dalam menjayakan program.

Kredit untuk semua penyumbang:

  • Ahli ahli PEMBELA
  • Ahli ahli Nusantara Bikers Club (NBC), Penang
  • Ahli ahli Kelab Kereta Lama (Utara)
  • Ahli ahli Smart e-Book Library
  • Zammas X'press Niaga, Bandar Perda, Penang
  • Kakitangan Buildcast-Persys JV (BPJV)
  • Kakitangan MMC-Gamuda JV (MMCGE)
  • Pekerja Eko-Teknik Sdn Bhd
  • Pekerja Osram Opto Semiconductors (M) Sdn Bhd, Penang
  • Kakitangan KWSP Cawangan Seberang Jaya, Penang
  • Usahawan Muda Bandar Perda, Penang
  • Maliki Daging Center, Sg Petani
  • Sinar Utara Agrofarm, Sg Petani
  • Nazza Trading & Services, Sg Petani
  • Rakan rakan Konsortium Logistik Berhad, Gurun
  • Rakan rakan Osram HVM – Dragon (Y shift)
  • Rakan rakan Osram IM – Ostar / ILP (Y shift)
  • Kakitangan George Town World Heritage Incorporated
  • Orang perseorangan
  • Rakan rakan serta kenalan rapat
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Related Posts with Thumbnails