Thursday, July 26, 2012

Iklan Jawatan Kosong - Majlis Bandaraya Ipoh


Iklan Penuh: KLIK SINI

*PERMOHONAN ADALAH SECARA ONLINE SAHAJA

Untuk memohon: KLIK SINI

Tarikh Tutup Permohonan: 15hb Ogos 2012

Tuesday, July 24, 2012

Iklan Jawatan Kosong - Polis Diraja Malaysia


PERMOHONAN ADALAH SECARA ONLINE
Maklumat Lanjut: KLIK SINI

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA - PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM


Penang Green Expo 2012- "Conserving for tomorrow" 22-23 Sept 2012 (Sat-Sun), PISA


Iklan Jawatan Kosong - Tourism Malaysia



Maklumat Lanjut: KLIK SINI
Download Borang Permohonan: KLIK SINI

Saturday, July 21, 2012

Projek Ramadhan - Kembara Emas Ramadhan 2012

Salam semua,
Untuk makluman, pihak PEMBELA bercadang untuk melakukan satu aktiviti amal sempena bulan  Ramadhan yang mulia ini.

Maklumat program adalah seperti berikut:
Nama program: Kembara Emas Ramadhan 2012
Tarikh: 11hb Ogos 2012 (Sabtu) | 2.00pm ~ 6.00pm
Lokasi: Kg Kepala Gajah, Simpang 4 Tasek, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang
Tempat berkumpul: Perkarangan Masjid Kg Kepala Gajah, Simpang 4 Tasek, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang

Program adalah berbentuk lawatan dari rumah ke rumah disamping pemberian sumbangan.
Sebanyak 4 buah rumah akan dilawati untuk program kali ini.

Justeru itu, kepada sesiapa yang berhajat untuk memberi sumbangan boleh menghubungi pihak penyelaras program seperti yang tertera:
1) Sukri Kamis (Matkri - 012 5543925)
2) Mohd Nazrulnizam (Own - 019 4589942)
3) Fairos Umar (Farouk - 019 5208907)
4) Shamsudin Shah (Along - 012 5658772)

Antara barang sumbangan yang diperlukan adalah termasuk:
1) Barang makanan dan kegunaan harian
2) Perkakasan mandian
3) Perkakasan mencuci
4) Lampin pakai buang (dewasa)
5) Kuih / biskut raya
6) Dan lain lain yang difikirkan perlu

Sumbangan boleh diserahkan selewat lewatnya 08hb Ogos 2012.
Dan kepada sesiapa yang berkelapangan, adalah dijemput hadir untuk memeriahkan kembara amal ini bersama sama.
Sila hubungi pihak penyelaras program untuk maklumat lanjut atau terdapat sebarang pertanyaan.
InsyaALLAH, marilah kita sama sama beramal dalam bulan yang penuh rahmat ini.

Selamat berpuasa.

Regards,
SukriKamis
012 5543925
Team PEMBELA




Majlis Sumbangan Pengerusi Risda kepada NGO

Tarikh: 15hb Julai 2012
Tempat: Pendang Lake Resort, Pendang, Kedah Darulaman

Pihak PEMBELA mendapat jemputan untuk menghadiri majlis sumbangan pengerusi Risda kepada NGO NGO terpilih seluruh negeri Kedah. Sebanyak 84 NGO telah menerima sumbangan pada majlis ini.

 
 
 
 
 

Thursday, July 19, 2012

Gotong Royong - PEMBELA bersama Skuad 1Malaysia Daerah Kuala Muda

Tarikh: 15hb Julai 2012
Tempat: Kg. Pondok, Batu Hampar, Merbok, Kedah

PEMBELA mendapat jemputan untuk menyertai program gotong royong  (Program Titian Kasih Bersama Badan NGO) anjuran Skuad 1Malaysia Daerah Kuala Muda. Program ini adalah berbentuk kemasyarakatan dan antara pengisian program adalah membaikpulih rumah, menurap jalan serta membersih kawasan sekitar.
Turut serta menyertai program ini adalah Pasukan Khas Rukun Tetangga Daerah Kuala Muda, Majlis Kebajikan Pusat Semenanjung Malaysia serta masyarakat setempat.
 
 
 



Kembara Titian Kasih 2012


Tarikh: 14hb Julai 2012
Tempat: Kuala Kangsar, Perak

PEMBELA menyertai satu program amal anjuran NPOC (Northern Persona Owner Club). Program turut di sertai oleh PPEOC (Proton Persona Elegant Owner Club) serta NBC (Nusantara Bikers Club). Hampir 80 buah kenderaan telah menyertai konvoi amal ini yang bermula dari Pulau Pinang. 

Di kesempatan ini pihak PEMBELA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program amal ini.

Kredit untuk yang menyumbang:
  • Ahli ahli PEMBELA
  • Pekerja Osram Opto Semiconductors (M) Sdn Bhd, Penang
  • Rakan rakan serta kenalan rapat

 
 
 
 
 

 

 
 

 

Wednesday, July 18, 2012

Iklan Jawatan Kosong - USM

Iklan Jawatan Kosong Di USM Dibuka Mulai 16 Julai 2012 Sehingga 30 Julai 2012

 PERMOHONAN ADALAH SECARA ONLINE SAHAJA

Untuk memohon: KLIK SINI

Tuesday, July 17, 2012

Salam Ramadhan 1433H / 2012M

Jadual masuk waktu imsak dan berbuka puasa Ramadhan 1433H bagi negeri Kedah dan Pulau Pinang (1433H / 2012M)

Selamat melakukan ibadah puasa ~ dari seluruh warga PEMBELA

Thursday, July 12, 2012

Sukarelawan Georgetown Festival 2012 - Live Heritage (Hidup Warisan)

Tarikh: 07hb Julai 2012
Tempat: Georgetown, Pulau Pinang

Pihak PEMBELA telah menghantar beberapa individu untuk menjadi sukarelawan bagi membantu persembahan serta pertunjukan untuk Georgetown Festival 2012, iaitu satu program tahunan negeri Pulau Pinang sempena meraikan Georgetown sebagai salah satu bandar warisan dunia yang mendapat pengiktifrafan daripada UNESCO.

Pelbagai program menarik telah disediakan antaranya persembahan keroncong, tarian tradisional Sri Lanka, boria termasuklah pertunjukan tarian dan nyanyian dari Baba & Nyonya. Acara persembahan bermula sekitar jam 5.30 petang dan berakhir sekitar 11.00 malam. 

Terima kasih dan syabas buat semua sukarelawan PEMBELA yang terlibat dan memberi sokongan dalam melancarkan perjalanan acara tahunan tersebut.

 
 
 
 
 
 

Sunday, July 8, 2012

Majlis Tahlil & Jamuan Makan Bersama Anak Yatim - PEMBELA bersama KKL Utara

Tarikh: 06 Julai 2012
Tempat: Perkarangan kediaman JKKKP Sg Pial, Tanjung Dawai

Majlis ringkas dan santai di bawah kelolaan Kelab Kereta Lama Utara dengan kerjasama PEMBELA serta dengan bantuan Sinar Utara Agrofarm dan JKKKP Sg Pial.

Majlis melibatkan anak yatim dari kawasan sekitar seramai 30 orang berserta beberapa AJK masjid Sg Pial serta individu sekitar. Anak anak yatim tersebut terlebih dahulu dibawa bersiar siar oleh rakan rakan Kelab Kereta Lama (U) yang turun dengan 11 buah kereta. Anak anak yatim tersebut dibawa ke sekitar persisiran pantai Tanjung Dawai untuk bersantai sebelum bertolak ke masjid Sg Pial untuk solat maghrib. Selesai solat maghrib, anak anak yatim tersebut dibawa ke kediaman JKKKP Sg Pial untuk majlis tahlil serta jamuan makan.

Di kesempatan ini, pihak PEMBELA ingin merakamkan setinggi tinggi ucapan tahniah dan terima kasih kepada Kelab Kereta Lama Utara yang berjaya menganjurkan majlis ini dengan jayanya. Tidak lupa juga buat Sinar Utara Agrofarm serta JKKKP Sg Pial yang banyak membantu dalam perjalanan majlis ini.

Turut hadir dalam program ini adalah saudara Anuar Ahmad (Pengerusi Kelab Sukan Komuniti Tanjung Dawai) serta saudara Rosnawi Zenon (Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Muda).

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Related Posts with Thumbnails