Monday, June 25, 2012

Penyerahan kipas untuk Masjid Sg. Pial, Tanjung Dawai, Kedah

Tarikh: 23hb June 2012
Lokasi: Masjid Sg Pial, Tanjung Dawai, Kedah

Rentetan berita peristiwa Masjid Sg Pial Dicerobohi Pencuri yang disiarkan dalam blog kami, syukur terdapat beberapa individu tampil dan menghubungi kami untuk mewakilkan kepada kami untuk menyampaikan sumbangan dan mewakafkan kipas untuk kegunaan masjid ini.

Sehubungan itu, pada hujung minggu yang lepas kami berkesempatan untuk menyerahkan wakaf kipas yang telah diwakilkan kepada pihak kami untuk diserahkan kepada pihak masjid. Sebanyak 3 buah kipas berdiri telah diwakafkan untuk kegunaan jemaah masjid ini. Terima kasih kami ucapkan kepada penyumbang penyumbang tersebut. Moga moga kita semua mendapat rahmat dan diberkati selalu.

 
 
 

Lawatan Ke RTM Alor Setar - PEMBELA konvoi bersama GKKnK

Tarikh: 24hb Jun 2012
Tempat: RTM Alor Setar

PEMBELA telah mendapat jemputan menyertai konvoi anjuran GKKnK untuk membuat lawatan ke RTM Alor Setar. Konvoi disertai oleh kenderaan melebihi 50 buah jenis kereta bermula seawal jam 9.00 pagi.

Di RTM, kami dibawa melawat ke bilik penyiaran berita, bilik konti, perpustakaan RTM serta  berpeluang untuk menjalani rakaman program untuk hari raya.

Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada GKKnK kerana memberi peluang kepada kami untuk turut serta dalam konvoi ini. Tidak lupa juga buat RTM yang memberi kerjasama sepenuhnya semasa sessi lawatan ini.

 
 
 
 
 

Friday, June 22, 2012

Hari Terbuka PEMBELA & GKKnK 2012


Hari Terbuka PEMBELA & GKKnK

Anjuran: Pertubuhan Belia Amanah (PEMBELA) dengan kerjasama Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKnK)

Latarbelakang:
Rancangan program santai menghimpunkan masyarakat setempat khususnya golongan muda sekitar kawasan setempat. Program juga diserikan dengan beberapa siri pertandingan serta pertunjukkan permainan tradisional yang kian pupus ditelan zaman. Moga moga dengan pro-gram ini, kita semua dapat menggamit kembali permainan permainan yang juga dipanggil su-kan rakyat untuk tontonan generasi masakini.

Lokasi:
Persisiran Pantai Tanjung Dawai
Tarikh / Masa:
30hb Jun 2012, 9.00pagi ~ 11.00malam

Cadangan Program:
- Siri pertandingan permainan tradisional / moden
- Siri pertunjukkan permainan tradisional / moden
- Pameran pameran dari agensi setempat

Siri siri cadangan permainan sukan tradisional:

- Batu selambut / seremban
- Jengket
- Tuju kasut / tuju tin
- Galah panjang / ‘toi’
- Boling kelapa
- Guli

Siri siri cadangan permainan sukan moden:
- Futsal
- Bola jaring
- Sepak raga bulat
- Tarik tali

Siri siri cadangan pertunjukan sukan moden:
- ‘Fixie’
- ‘Remote Control Car’
- ‘Carrom’
- ‘Candy’
- Auto Audio Show

Siri siri cadangan pameran:
- Derma darah – Kementerian Kesihatan Malaysia
- Pemeriksaan Perubatan – Kementerian Kesihatan Malaysia
- Pameran dari agensi kerajaan setempat
- Pameran kelab kelab bermotor / NGO sekitar kawasan setempat

Tentatif Program: Sabtu, 30hb Jun 2012
9.00am - Pendaftaran
10.00am - Perasmian
10.30am - Pameran serta permainan / pertandingan sukan tradisional dan moden
12.30pm - Rehat
2.00pm - Pameran serta permainan / pertandingan sukan tradisional dan moden
6.00pm - Acara penyampaian hadiah
7.00pm - Rehat
9.00pm - Acara bebas (‘auto audio show’)
11.00pm - Bersurai

SEMUA DIJEMPUT HADIR!

Tuesday, June 19, 2012

Karnival Amal Hari Penyayang - Yayasan Sultanah Bahiyah


Thursday, June 14, 2012

"Jom Niaga" - Program Himpunan Usahawan Mikro, Kecil & Sederhana


19 & 20hb June 2012
UiTM Merbok, Kedah

Friday, June 8, 2012

Jadual Euro2012 - Waktu Malaysia


Sunday, June 3, 2012

Sumbangan PA system untuk Masjid Sungai Pial, Tanjung Dawai, Kedah

Tarikh: 31hb Mei 2012
Tempat: Masjid Sungai Pial, Tanjung Dawai, Kedah

Pihak PEMBELA telah dimaklumkan bahawa Masjid Sungai Pial telah dicerobohi pencuri dan telah kehilangan set PA system serta 13 buah kipas dinding.

Sehubungan itu, pihak PEMBELA dengan bantuan rakan rakan dari 'Burger Bangchik Sg Layar' serta sahabat sahabat terdekat telah bekerjasama meyalurkan bantuan berbentuk PA system baru dengan serta merta untuk kegunaan masjid tersebut. 

Namun begitu, pihak masjid masih memerlukan sumbangan kipas dinding untuk kegunaan serta memberi keselesaan kepada jemaah. Sehubungan itu, kepada sesiapa yang berhajat untuk menyumbang atau mewakafkan kipas dinding, boleh menghubungi pihak kami atau emel kepada: pembelasp@gmail.com

Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat semua yang terlibat dalam usaha merealisasikan sumbangan ini. Sedikit gambar untuk dikongsi bersama. 

 Acara penyerahan sumbangan PA system oleh saudara SukriKamis

PA system sedang diuji

Saudara Nazrulnizam menunjukkan kipas dinding yang telah dilarikan pencuri.

Gambaran secara dekat menunjukkan wayar dipotong dan kipas dilarikan pencuri

Kipas yang 'selamat' dari kejadian


Penang Durian & Food Fair 2012


Date: 1st June ~ 31st July 2012
Location: Anjung Indah, Balik Pulau and Balik Pulau town area
Related Posts with Thumbnails