Thursday, September 29, 2011

Pra - Program: Projek Bantuan untuk adik Nur Azreen Damia (Menderita Sakit Pundi Kencing Terkeluar)

Pihak PEMBELA menerima satu berita tentang keadaan seorang kanak kanak yang menderita di mana saluran untuk membuang air kecil tersembul keluar (pundi kencing di luar).

Berikut adalah maklumat yang kami terima melalui emel:

"Sahabat-sahabat yang dihormati sekalian,

Saya menghantar email ini untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang penderitaan yang di alami oleh anak kecil,Nur Azreen Damia’bte Mohd Zahir, berusia lebih kurang 3 bulan. Dilahirkan pada 17 Jun 2010, Anak bongsu dari 4 beradik. Bapanya Mohd Zahir bekerja sebagai pemandu lori sementara ibunya adalah suri rumah sepenuh masa. Tinggal di Kg Singkir Darat, Daerah Yan Kedah, lebih kurang 35km dari Bandar Sg Petani. 5 km lepas pekan Merbuk menghala kearah Tg Dawai.

Anak kecil ini dilahirkan dengan sedikit kelainan dari anak-anak lain yang sebaya dengannya. Saluran untuk membuang air kecil tersembul keluar. Bahagian isi yang berwarna merah jelas kelihatan bila ditunjuk oleh ibunya. Ada ketika, semasa tempuh yang singkat menziarah anak kecil ini, dia merengek mungkin kerana kesakitan pada tempat-tempat tertentu.

Saluran untuk membuang air besar secara normal tidak ada, jadi doktor terpaksa membuka saluran di bahagian usus perut dan disambungkan ke bag pelastik untuk tujuan membuang air besar.


Tapak kaki dan jari kaki sebelah kiri anak ini agak kecil dan memerlukan rawatan lanjutan oleh pakar perubatan. Tulang belakangnya juga tidak normal dan juga memerlukan rawatan lanjutan dari pihak doktor.


Sehubungan dengan itu, pihak kami telah membuat lawatan baru baru ini. Adik ini kini telah berumur 1 tahun lebih. Namun di sebalik keceriaan, masih tersembunyi penderitaan yang masih ditanggung seusia awal sebegini.

*kaki sebelah kiri kecil daripada sebelah kanan dan pundi kencing yang terkeluar terselindung di sebalik pakaian adik Nur Azreen.

Cadangan Program
  • Mencari sumbangan serta dana bagi meringankan penderitaan adik Nur Azreen Damia’ serta keluarga terbabit.
Sumbangan yang diperlukan
1. Susu tepung jenama PediaSure Complete. Di minum atas nasihat doktor kerana adik Nur Azreen mengalami komplikasi berat badan yang tidak seimbang dengan usia (berat badan susah nak naik).


2. Biskut Farley’s Rusks. Juga di makan atas nasihat doktor kerana komplikasi berat badan.


3. Alatan perubatan Dansac Nova 1 infant (untuk usus). Jumlah penggunaan adalah 2 kotak sebulan dan sekotak berharga lebih kurang RM270.


4. Alatan perubatan Fudicin Intertul (pundi kencing). Jumlah penggunaan adalah 3 pek sebulan dan satu pek berharga lebih kurang RM40.


5. Lampin pakai buang jenama Drypers (Saiz M).

6. Lain lain sumbangan yang dirasakan perlu.

Cadangan pelaksanaan program / penyerahan sumbangan
  • Tarikh: 22hb Oktober 2011
  • Masa: 10.00pagi
  • Tempat: Rumah kediaman Encik Mohd Zahir (Kg. Singkir Darat – dekat dengan pekan Merbok)
Maklumat Keluarga
  • Mohd Zahir (33 tahun) dan Azahana (29 tahun) + 4 orang anak perempuan (7, 4, 2 tahun beserta yang bongsu adik Nur Azreen Damia )
  • Bapa bekerja sebagai pemandu lori (pendapatan bergantung kepada trip lori)
  • Ibu tidak bekerja
  • Tinggal di rumah pusaka







Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun bank Pertubuhan Belia Amanah (PEMBELA) seperti di bawah dan sila maklumkan kepada kami jika apa apa transaksi telah dibuat.

Bank Muamalat (Pertubuhan Belia Amanah)
Akaun No: 0202-0023485-72-6

Universiti Teknologi MARA (Terengganu) - Iklan Jawatan Kosong Harian (Hotel UiTM Dungun)


*klik imej untuk paparan lebih jelas

Maklumat Lanjut: KLIK SINI

Download Borang Permohonan: KLIK SINI


Wednesday, September 28, 2011

MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI - Iklan Jawatan Kosong


MAKLUMAT LENGKAP KEKOSONGAN JAWATAN: KLIK SINI

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN: KLIK SINI

Tenaga Nasional Berhad - Iklan Jawatan Kosong: Juruteknik Tingkatan Biasa (Mekanikal/Awam)

*klik imej untuk paparan lebih jelas

Maklumat Lanjut: KLIK SINI

Tarikh Tutup: 08hb Oktober 2011

Majlis Amanah Rakyat (MARA) - PELUANG KERJAYA BERSAMA MARA

*klik imej untuk paparan lebih jelas

Maklumat Lanjut: KLIK SINI

*PERMOHONAN ADALAH SECARA ONLINE SAHAJA

Untuk memohon: KLIK SINI

Tarikh Tutup: 07hb Oktober 2011

Majlis Amanah Rakyat (MARA) - Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 4 MRSM Tahun 2012


INSTITUSI PENDIDIKAN MARA - Pengambilan Sesi Januari 2012

*klik imej untuk paparan lebih jelas

Tuesday, September 27, 2011

PEMBELA bersama Kelab Kereta Lama (Utara) - Konvoi Jamuan Raya

Nama aktiviti: PEMBELA bersama KKL Utara - Konvoi Jamuan Raya
Tarikh: 24hb September 2011
Tempat: Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Aktiviti santai di mana pihak PEMBELA bersama sama Kelab Kereta Lama (KKL Utara) telah berkonvoi ke majlis jamuan raya di Bukit Mertajam atas jemputan dari Eqin (Kelab Proton Persona).

Hampir 20 buah kereta telah menyertai konvoi ini. Pada majlis ini, pihak PEMBELA serta KKL juga berpeluang bertemu dengan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato Mansor di mana beliau telah menghabiskan masa lebih kurang sejam untuk bersama sama dengan kami menikmati juadah jamuan hari raya.

Sedikit gambar untuk tatapan. Untuk lebih banyak foto, sila layari Facebook PEMBELA.


 
 

Wednesday, September 21, 2011

Skim Latihan Automatif Felda - Proton


Maklumat Lanjut: KLIK SINI

Tuesday, September 20, 2011

Kerajaan Negeri Pulau Pinang - Iklan Jawatan Kosong


Maklumat Lanjut / Borang Permohonan: KLIK SINI

Tarikh Tutup: 03hb Oktober 2011

Monday, September 19, 2011

IKLAN PENGAMBILAN JAWATAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) DI UNIT KERJASAMA AWAM SWASTA (UKAS), JABATAN PERDANA MENTERI

*klik imej untuk paparan lebih jelas

Maklumat Lanjut: KLIK SINI

KURSUS SIJIL VETERINAR DI JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR MALAYSIA SESI 2012/2013


*klik imej untuk paparan lebih jelas

Maklumat Lanjut: KLIK SINI


PERBADANAN BUKIT BENDERA PULAU PINANG - Iklan Jawatan Kosong

*klik pada imej untuk paparan lebih jelas

Maklumat Lanjut: KLIK SINI

Download Borang Permohonan: KLIK SINI

Tarikh Tutup: 23hb September 2011


Sunday, September 18, 2011

EKSPO BELI BARANGAN MALAYSIA 2011 (ZON UTARA)



21st - 23rd October 2011
Queensbay Mall, Penang

Saturday, September 17, 2011

Malaysia Airlines - Job Vacancies


*click on image to enlarge

Details: CLICK HERE

Closing Date: 26th September 2011

Universiti Teknologi MARA (UiTM) - Iklan Jawatan Kosong

*klik imej untuk paparan lebih jelas

Maklumat Lanjut: KLIK SINI
Download Borang Permohonan: KLIK SINI

Tarikh Tutup: 22hb September 2011

Majlis Daerah Pendang - Iklan Jawatan Kosong



JAWATAN:
  1. AKAUNTAN
  2. PENOLONG JURUTERA
  3. PEMBANTU JURUAUDIT
  4. PENOLONG JURUAUDIT


Maklumat Lanjut: KLIK SINI
BORANG PERMOHONAN: KLIK SINI

Tarikh Tutup: 20 September 2011

INSTITUT PENILAIAN NEGARA (INSPEN), JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA, KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA - IKLAN JAWATAN KOSONG


Maklumat Lanjut: KLIK SINI
BORANG PERMOHONAN: KLIK SINI

Tarikh Tutup: 20 September 2011

Friday, September 16, 2011

Sumbangan kepada Rukun Tetangga Tmn Malinja - Gotong Royong

Nama Program: Gotong Royong Perdana Rukun Tetangga Taman Malinja
Tempat: Taman Malinja, Semeling, Kedah
Tarikh: 10hb September 2011


Rukun Tetangga Taman Malinja, Semeling telah menganjurkan satu program gotong royong perdana bersempena bulan kemerdekaan. Gotong royong bermula sekitar jam 8.30pagi dan berakhir dalam jam 12tengahari. Program dirasmikan oleh Encik Rosnawi Zenon selaku wakil kepada Penyelaras Parlimen Merbok.

Bersempena program ini, pihak PEMBELA secara khususnya telah memberi sumbangan berbentuk vest keselamatan untuk Rukun Tetangga Taman Malinja. Moga moga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan motivasi serta semangat ahli Rukun Tetangga Taman Malinja untuk terus berkhidmat kepada masyarakat setempat.

Program juga di hadiri oleh peserta dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Daerah Kuala Muda serta dibantu oleh pekerja dari Environment IDAMAN.

Sedikit gambar untuk tatapan. Untuk lebih banyak foto, sila layari FACEBOOK PEMBELA [KLIK SINI].

 
 
 
 
 

Selamat Hari Malaysia


Sejarah Penubuhan Malaysia 16 September 1963
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961, telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi.
 
Antara lain, kerjasama ini perlu diadakan adalah bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara yang boleh menggugat kestabilan politik serantau. Pendirian kerajaan ini adalah berdasarkan kepada perkembangan politik di Singapura yang memperlihatkan peningkatan pengaruh golongan kiri. Di samping itu juga gagasan ini bertujuan untuk mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak.

Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura pada 23 Julai 1961 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dengan dipengerusikan oleh Donald Stephen. Tujuan penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Dalam Jawatankuasa ini, perwakilan dari Tanah Melayu terdiri daripada ahli-ahli Parlimen.

Perwakilan Singapura terdiri daripada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Undangan termasuk seorang ahli parti pembangkang. Anggota perwakilan dari Sarawak adalah ahli-ahli Majlis Negeri Sarawak, begitu juga dengan Sabah. Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak empat kali untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan penubuhan Malaysia. Mesyuarat pertama diadakan di Sabah pada Ogos 1961, seterusnya di Kuching, Sarawak pada Disember 1961 dan di Kuala Lumpur pada Januari 1962. Mesyuarat terakhir telah diadakan di Singapura pada Februari 1962. Dalam mesyuarat terakhir itu Jawatankuasa bersetuju untuk mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold supaya dibuat tinjauan mengenai pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah terhadap gagasan Malaysia.

Memorandum yang dipersetujui Jawatankuasa tersebut mengandungi beberapa perkara penting untuk dijadikan asas kepada perlembagaan yang akan dirancang. Jawatankuasa ini bersetuju supaya perlembagaan Tanah Melayu dijadikan asas kepada perlembagaan Malaysia. Antara perkara lain yang dipersetujui ialah tentang perlunya ada sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat dan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan juga mengenai agama Islam diterima sebagai agama rasmi.

Pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak. Suruhanjaya ini dibentuk hasil perundingan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan British pada November 1961. Tujuan penubuhan Suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang gagasan Malaysia.

Suruhanjaya ini dianggotai oleh lima orang ahli dengan dipengerusikan oleh Lord Cobbold, bekas gabenor Bank England, ahli-ahlinya terdiri daripada Dato’ Wong Pow Nee dan Encik Mohd Ghazali bin Shafie, sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston, wakil kepada kerajaan British. Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha.

Sepanjang Februari-hingga April 1962, Suruhanjaya ini telah menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri dari parti-parti politik, ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan dan Undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan.

Hasil dari laporan ini menunjukkan sejumlah 80 peratus penduduk Sarawak dan Borneo Utara menyokong kepada penubuhan Malaysia. Sokongan rakyat ini jelas dibuktikan melalui laporan Suruhanjaya Cobbold yang telah disahkan oleh perwakilan Setiausaha Bangsa-Bangas Bersatu. Selain itu, laporan itu juga memuatkan cadangan-cadangan daripada ahli-ahli Suruhanjaya berhubung beberapa perkara yang dinyatakan melalui memorandum-memorandum yang diterimanya.

Pada 21 Jun 1962 laporan ini telah dikemukakan kepada Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Setelah dikaji, kedua-dua kerajaan bersetuju menerima hampir semua cadangan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya tersebut. Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Tanah Melayu juga menerima laporan Suruhanjaya Cobbold.

Beliau telah membentuk sebuah Jawatankuasa untuk mengkaji laporan itu yang telah dipengerusikan oleh beliau sendiri dan anggota-anggota yang lain terdiri dari Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri), Tan Siew Sin (Menteri Kewangan), Datuk (Dr) Ismail Dato’ Abdul Rahman (Menteri Keselamatan Dalam Negeri) dan Datuk V.T. Sambanthan (Menteri Kerja Raya dan Telekom).

Kata sepakat telah dicapai oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan di London. Rundingan tersebut telah berlangsung selama 2 minggu. Pada Julai 1963 satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London.

Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persetujuan telah di peroleh untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963. Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Upacara gilang gemilang ini telah dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota kabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas.

Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said.

Rentetan Peristiwa
27 Mei 1961
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik
 
23 Julai 1961
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.

Ogos 1961
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah

18-20 Disember 1961
Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak

6-7 Januari 1962
Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber, Kuala Lumpur

17 Januari 1962
Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha

3-4 Februari 1962
Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia

21 Jun 1962
Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu

Julai 1962
Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.

9 Julai 1963
Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

16 September 1963
Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia

sumber : www.arkib.gov.my

Thursday, September 15, 2011

Lembaga Hasil Dalam Negeri - Iklan Jawatan Kosong


*klik pada imej untuk paparan lebih jelas

Maklumat Lanjut: KLIK SINI

Tuesday, September 13, 2011

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA Penang) - Iklan Jawatan Kosong



Jawatan: Juruteknik & Chargeman
Tarikh Tutup: 12hb Oktober 2011

Klik imej untuk paparan lebih jelas
Related Posts with Thumbnails