Saturday, August 27, 2011

Misi Bantuan "Bayi Kembar 3 (Keluarga Susah)"

Program: Misi Bantuan "Bayi Kembar 3 (Keluarga Susah)"
Tarikh: 27hb Ogos 2011
Tempat: Kampung Kubang Rusa, Kampung Lalang, Baling, Kedah

Pihak PEMBELA telah menerima satu berita mengenai keperitan hidup keluarga Encik Mansor serta Puan Yusniza yang berhadapan cabaran untuk membesarkan 3 orang bayi kembar perempuan yang berusia 3 bulan. Keluarga terbabit juga memiliki seorang anak lelaki yang berusia 3 tahun.

Keluarga terbabit yang memiliki sumber pendapatan yang terhad di mana Encik Mansor hanya bekerja sebagai pemandu lori getah sambilan yang berpendapatan sekitar RM400 sebulan manakala isteri beliau, Puan Yusniza tidak bekerja.

Oleh atas dasar kemanusiaan serta keprihatinan, PEMBELA telah melancarkan satu projek bantuan dan mencari dana bagi membantu keluarga ini.

Misi bantuan ini disertai oleh 4 buah kereta dari pihak PEMBELA dan turut di iringi oleh Pengerusi Belia 4B (M) Kawasan Baling, Encik Khairul serta beberapa orang penduduk setempat. Antara bantuan yang disalurkan adalah seperti susu tepung, lampin pakai buang, rak almari baju, makanan harian , kuih raya, pakaian terpakai serta sumbangan berbentuk wang tunai.

Di kesempatan ini juga, pihak PEMBELA ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua rakan rakan penyumbang terutamanya dari kilang Osram Opto Semiconductors(M) Sdn. Bhd Pulau Pinang, rakan rakan di Panasonic Trading (M) Sdn Bhd, Kuala Lumpur, ahli ahli PEMBELA, rakan rakan serta kenalan kenalan rapat.

Moga moga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan keluarga terbabit dalam menghadapi kehidupan seharian dan juga sempena menyambut hari raya yang akan menjelang kelak.

Berita mengenai keadaan keluarga terbabit juga terdapat di halaman online Utusan Malaysia [KLIK SINI].

Sedikit gambar untuk tatapan. Untuk lebih banyak gambar, sila layari FACEBOOK PEMBELA.







Friday, August 26, 2011

2000 Tiket Percuma untuk Balik Kampung - Sponsored by Giant

Sumber: Email

Thursday, August 25, 2011

Telekom Malaysia - Iklan Jawatan Kosong [Konstabel Polis Bantuan TM]

*klik pada imej untuk paparan lebih jelas

*PERMOHONAN ADALAH SECARA ONLINE SAHAJA.

Kekosongan terdapat di negeri berikut:
1) Kelantan
2) Melaka
3) Kuala Lumpur
4) Terengganu
5) Selangor
6) Perak
7) Pahang
8) Pulau Pinang
9) Sarawak
10) Sabah

Maklumat Lanjut / Untuk memohon: KLIK SINI

Tarikh Tutup: 31hb Ogos 2011

Tuesday, August 23, 2011

Kursus Sijil Teknologi Getah - Akademi Hevea Malaysia [Lembaga Getah Malaysia]



Download Borang Permohonan: KLIK SINI

UiTM Perlis - Iklan Jawatan Kosong [Pembantu Pengawas Peperiksaan]


Borang Permohonan: KLIK SINI

Monday, August 22, 2011

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - Iklan Jawatan Kosong

*klik imej untuk paparan lebih jelas

Maklumat Lanjut: KLIK SINI
Download Borang Permohonan: KLIK SINI

Tarikh Tutup: 02hb September 2011

Sunday, August 21, 2011

Program Mini Kembara Ramadhan 2011

Program: Kembara Mini Ramadhan 2011
Tarikh: 21hb Ogos 2011
Tempat: Sekitar Kawasan Semeling, Sungai Petani, Kedah

Satu program kembara mini di mana PEMBELA mewakili beberapa individu bagi menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadhan ini. Kembara hanya melibatkan sekitar kawasan Semeling, Sungai Petani, Kedah.

Golongan penerima sumbangan untuk kembara mini ini adalah seramai 12 orang di mana mereka terdiri daripada keluarga susah, ibu tunggal, warga emas serta pesakit lumpuh.

Terima kasih buat yang menyumbang dan semua yang terlibat dalam menjayakan kembara mini ini. Sedikit gambar untuk tatapan. Untuk lebih banyak foto, sila layari FACEBOOK PEMBELA.


Jabatan Perangkaan Malaysia - Iklan Temuduga Terbuka

*klik pada imej untuk paparan lebih jelas

Saturday, August 20, 2011

Program Majlis Berbuka Puasa - PEMBELA bersama Kelab Kereta Lama (KKL) Utara

Program: Majlis Berbuka Puasa - PEMBELA bersama Kelab Kereta Lama (KKL) Utara
Tarikh: 20hb Ogos 2011
Tempat: Restoran Anjung Muara, Tanjung Dawai Kedah

Satu majlis santai anjuran Kelab Kereta Lama dengan kerjasama PEMBELA. Penyertaan adalah lebih kurang 50 orang termasuk peserta yang datang dari Alor Setar, Jitra, Sungai Petani, Pulau Pinang dan kawasan sekitar. Terima kasih buat semua yang hadir dan memberi sokongan dalam menjayakan majlis ini.

Sedikit foto untuk tatapan. Untuk lebih banyak foto, sila layari FACEBOOK PEMBELA.


Keratan Akhbar - Program Kembara Emas Ramadhan 2011

Sinar Harian, 19hb Ogos 2011


Terima kasih dan syabas buat semua yang terlibat.

http://pembelasp.blogspot.com/2011/08/program-kembara-emas-ramadhan-2011.html

Friday, August 19, 2011

Diskaun Tol Aidilfitri 2011 - Senarai 24 Lebuhraya yang beri Diskaun

Berikut adalah senarai 24 lebuhraya yang memberikan diskaun sempena hari raya aidilfitri 2011. Diskaun Tol hari raya boleh mencecah antara lima hingga 37.5 peratus pada 30 dan 31 Ogos ini sempena Aidilfitri. Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor berkata, Lebuh Raya Latar yang baru dibuka juga telah bersetuju untuk memanjangkan tempoh laluan percuma tanpa tol sehingga 31 Ogos.

1. Lebuh Raya Utara Selatan (Plus),

2. Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite),

3. Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH),

4. Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua),

5. Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK),

6. Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP),

7. Lebuh Raya Sistem Penyuaraian Trafik

8. KL-Barat (Sprint),

9. Lebuh Raya Pantai Timur,

10. Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh),

11. Lebuh Raya Koridor Guthrie (Guthrie),

12. Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA),

13. Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya),

14. Lebuh Raya Baru Pantai (NPE),

15. Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas),

16. Lebuh Raya Shah Alam (Kesas).

17. Lebuh Raya Duta Ulu Kelang (Duke),

18. Lebuh Raya Cheras Kajang (Grand Saga),

19. Lebuh Raya Smart,

20. Lebuh Raya Pintas Selat KlangUtara Baru (NNKSB),

21. Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP),

22. Lebuh Raya Lingkaran Kajang (Silk)

23. Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE).

24. Lebuh Raya KL-Karak (KLK).

ps: Kalau nak diskaun lagi atau pun totally free, ikut jalan lama :)

Thursday, August 18, 2011

Jemputan Ke Majlis Berbuka Puasa

Majlis berbuka puasa anjuran Kelab Kereta Lama (KKL) Utara dengan kerjasama PEMBELA. Bertempat di Restoran Anjung Muara, Tanjung Dawai, Kedah.

Seorang RM15. Bayar semasa hadir majlis berbuka puasa. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis di samping merapatkan silaturrahim sesama kita.

ps: ahli PEMBELA yang nak hadir, sila inform tuan pengerusi. Terima kasih.

Tuesday, August 16, 2011

Universiti Teknologi Mara (UiTM) - Iklan Jawatan Kosong



Maklumat Lanjut: KLIK SINI

Mohon secara ONLINE: KLIK SINI

Tarikh Tutup: 27hb Ogos 2011

Sunday, August 14, 2011

Program "Kembara Emas Ramadhan 2011"

Program: Kembara Emas Ramadhan 2011
Tarikh: 13hb Ogos 2011
Tempat: Sekitar Tanjung Dawai, Kedah Darulaman

Bersempena bulan puasa, pihak PEMBELA telah menganjurkan satu program kembara iaitu lawatan dari rumah ke rumah sambil memberi sumbangan fokus kepada golongan warga emas, anak yatim serta golongan OKU.

Kami dari pihak PEMBELA sessungguhnya amat terharu dengan sokongan yang diberikan di mana hampir 50 buah kereta telah menyertai konvoi kembara yang dianjurkan oleh pihak kami.

Jumlah penerima yang menerima sumbangan adalah sebanyak 54 orang (27orang warga emas, 20orang anak yatim serta 8orang OKU). Semasa program, kami juga dikejutkan dengan kehadiran Dato Hj Tajul Urus Hj Md Zain (Penyelaras Parlimen Merbok) yang turut sama menyertai kembara kami dari rumah ke rumah.

Di kesempatan ini, PEMBELA ingin merakamkan setinggi tinggi ucapan terima kasih buat rakan rakan serta sahabat sahabat yang hadir dan memberi sumbangan dalam merealisasikan program kembara ini. Antara NGO lain yang hadir:

* Smart e-Book Library
* Nusantara Bikers Club
* Proton Club Malaysia
* Nissan Grand Livina (Utara)
* Kelab Kereta Lama
* Kelab Nismo

serta rakan rakan perseorangan yang lain antaranya:
* Fieza & rakan dari Osram Opto Semiconductors (M) Sdn Bhd
* Puan Marziana serta suami
* Eqin serta rakan rakan

PEMBELA juga mengucapkan ribuan terima kasih buat penduduk setempat terutamanya Pak Njang Mejar, Pak Tam Leman, Pak Lah, FairulNizam Kg Huma serta AJK masjid Kg Sg Pial yang telah memberi sepenuh kerjasama dalam menjayakan program ini. Tak lupa juga buat rakan rakan dari Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Merbok terutamanya Encik Awie serta Encik Zan Kato yang banyak membantu bagi melaksanakan program ini.

Akhir sekali, ribuan terima kasih buat semua penyumbang yang menyumbang dalam projek ini. Kredit untuk semua penyumbang:


Moga moga kita semua mendapat rahmat dari program ini. Terima kasih. Sedikit gambar untuk tatapan. Untuk lebih banyak gambar, sila layari FACEBOOK PEMBELA.


Related Posts with Thumbnails