Thursday, October 29, 2009

Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) - Iklan Jawatan Kosong

Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) merupakan sebuah universiti milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan berdaftar di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Iklan Jawatan Kosong:
1) Jawatan : KAUNSELOR
Gred : S41
Kumpulan Perkhidmatan : Perkhidmatan Sosial
Klasifikasi Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional

JADUAL GAJI :
P1T1 RM1688.89 P1T27 RM4638.89
P2T1 RM1783.51 P2T27 RM4917.16
P3T1 RM1882.31 P3T27 RM5219.23

SYARAT LANTIKAN :-
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : P1T3] atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : P1T3] atau

(iii) Ijazah Sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi- institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : P1T7] atau

(iv) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang psikologi atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi- institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : P1T10] dan

(d) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Tarikh Tutup permohonan ialah pada 15 NOVEMBER 2009.

2) Jawatan : PEMBANTU MAKMAL
Gred : C17
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Sains

JADUAL GAJI :
P1T1 RM824.91- P1T21 RM2155.88
P2T1 RM876.34 - P2T21 RM2277.03
P3T1 RM929.28 - P3T21 RM2402.48

SYARAT LANTIKAN :-
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains pada peringkat peperiksaan tersebut; dan

(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Tarikh Tutup permohonan ialah pada 15 NOVEMBER 2009.

Friday, October 23, 2009

Wednesday, October 21, 2009

Jabatan Belia & Sukan Pulau Pinang - Peluang belajar vokal, drum, gitar

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang (JBSNPP) akan menganjurkan kursus vokal, drum dan gitar kepada golongan belia yang berminat selama dua bulan bermula November ini.

Program Rakan Muda Seni Budaya itu bakal berlangsung setiap hujung minggu di Kompleks Belia dan Sukan Negeri di Batu Uban.

Ketua Unit Rakan Muda Pulau Pinang, Aslaman Hamzah berkata, terpulang kepada setiap peserta sama ada ingin mengikuti kursus vokal, drum ataupun gitar.

"Setiap kursus membabitkan 30 orang peserta dan mereka mesti berumur 16 hingga 25 tahun," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Katanya, peserta mestilah penduduk negeri Pulau Pinang dan mempunyai bakat dan minat dalam bidang berkaitan.

Tujuan kursus tersebut diadakan adalah untuk memberi peluang kepada remaja berminat mempelajari dan meningkatkan kemahiran dalam bidang muzik.

"Ia juga boleh mengisi masa lapang remaja dengan melakukan aktiviti berfaedah ke arah melahirkan bakat belia dalam bidang seni dan budaya," katanya.

Menurut Aslaman, peralatan muzik, tenaga pengajar berkemahiran disedia oleh penganjur di Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSNPP dan Majlis Muzik Malaysia.

Katanya, untuk keterangan lanjut boleh hubungi talian 04-2616118 atau 04-2615921 atau dapatkan terus borang penyertaan di Pejabat Belia dan Sukan daerah masing-masing sebelum tarikh tutup 23 Oktober ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Info: Duit RM50 palsu



Source: Emel


Tuesday, October 20, 2009

16 September - Hari Malaysia cuti umum

Mulai tahun depan, ulang tahun sambutan Hari Malaysia pada 16 September diisytiharkan sebagai cuti umum di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan itu yang dibuat oleh Jemaah Menteri baru-baru ini bertujuan mengingati sejarah penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

Menurutnya, ini bermakna mulai 2010, rakyat akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar iaitu Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Tambah beliau, menerusi Hari Malaysia, kerajaan mahu suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak selepas mereka membuat keputusan untuk menyertai Malaysia sejak 1963 turut dirasai penduduk di Semenanjung.

"Hari Merdeka pada 31 Ogos kekal diraikan bagi mengingati perjuangan mencapai kemerdekaan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan untuk mengingati detik bersejarah itu.

"Hari Malaysia pula dirayakan dengan acara-acara bersifat mengerat perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat dalam bidang sukan, sosiobudaya, dan kesenian bagi menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya.

Berita Lanjut: Klik Sini

Kemasukan Pelajar Baru Sesi 1/2010 ke IKBN

Permohonan secara On-line Kemasukan Pelajar Baru Sesi 1/2010 ke IKBN dibuka pada 1 Oktober 2009 sehingga 25 Oktober 2009.


Sumber:
1) http://interaktif.kbs.gov.my/ikbnweb/public/index.php
2) http://www.ekbs.gov.my/

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) - Iklan Jawatan Kosong




Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

JAWATAN: PEMBANTU TRAFIK (GRED-N09G10)
TARIKH TUTUP: 30th October 2009

KELAYAKAN
· Calon luar hendaklah berumur tidak melebihi 26 tahun dan 35 tahun bagi calon yang sedang berkhidmat dengan KTM Berhad pada tarikh iklan ditutup;
· Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan;
· Mendapat kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) serta lulus Matematik serta Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
· Mempunyai penglihatan biasa tanpa kaca mata dengan ketetapan V6/6 bagi kedua-dua belah mata dan tidak buta warna;
· Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian;
· Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
· Sedia bertukar dan berkhidmat di mana-mana depoh;

SPESIFIKASI TUGAS
· Memeriksa semua tiket penumpang di atas tren;
· Memastikan penumpang-penumpang turun di destinasi yang betul mengikut tiket perjalanan;
· Memastikan semua penumpang memiliki tiket perjalanan yang sah;
· Membantu mengilirkan isyarat Semboyan Tangan bila mana perlu;
· Membantu melaksanakan perlindungan tren semasa tren mengalami kerosakan dan kemalangan seperti kegelinciran dan sebagainya apabila diarahkan;

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyertakan resume lengkap mengandungi pengalaman, butiran peribadi, salinan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran paspot dan sampul surat beralamat sendiri. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Permohonan hendaklah sampai pada atau sebelum 30 Oktober 2009 ke alamat berikut:-

PENGURUS BESAR
SUMBER MANUSIA DAN PENTADBIRAN
IBU PEJABAT KORPORAT KTM BERHAD
JALAN SULTAN HISHAMUDDIN
50621 KUALA LUMPUR

Sumber:
http://www.ktmb.com.my/images/default/2009/kerjaya/101409vacancy.pdf


Monday, October 19, 2009

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH - Iklan Jawatan Kosong


PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH MEMPELAWA CALON WARGANEGARA YANG BERKELAYAKAN DALAM BIDANG-BIDANG YANG BERKAITAN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN SECARA TETAP SEPERTI BERIKUT:

1.PUSTAKAWAN GRED S41
2.PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1

Maklumat Lanjut: http://kdhlib.gov.my/iklan.html


TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 1 NOVEMBER 2009


Sunday, October 11, 2009

Jambatan Ke-2 Pulau Pinang - Pembinaan Ikut Jadual

NIBONG TEBAL 10 Okt. - Kerja-kerja pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang kini sudah mencapai kemajuan sebanyak tujuh peratus dan dijangka siap mengikut jadual menjelang April 2013.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, dua daripada tiga pakej pembinaan projek itu sedang rancak dijalankan oleh syarikat UEM Builders Bhd. dan China Harbour Engineering Company (CHEC) Ltd.

Beliau berkata, walaupun terdapat sedikit kelewatan pada peringkat awal, pihaknya yakin kerja-kerja pembinaan jambatan akan dapat disiapkan mengikut tempoh yang dirancang.

"Setakat ini, kita berpuas hati dengan perjalanan projek yang dilaksanakan secara profesional oleh kedua-dua syarikat itu. Dua fasa pembinaan projek sudah pun dimulakan.

"Mungkin ada lewat sedikit pada peringkat awal tetapi selepas beberapa siri kajian dibuat, maka didapati lebih praktikal sasaran projek ini disiapkan sebelum April tahun 2013," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja pembinaan jambatan itu di Batu Kawan di sini hari ini.

Nor Mohamed turut mendengar taklimat serta meninjau penyediaan logistik bahan binaan projek itu yang terletak kira-kira empat kilometer dari Batu Kawan.

Beliau berkata, kemajuan tujuh peratus projek berkenaan merangkumi fasa keseluruhan projek berkenaan termasuklah pemasangan gantri dan cerucuk, penyediaan acuan serta kerangka konkrit.

"Kemajuan projek itu melibatkan keseluruhan perjalanan projek yang membabitkan pakej pertama dan kedua yang masing-masing menelan kos RM2.2 bilion dan RM1.55 bilion," tambahnya.

Menurutnya, pakej ketiga yang merangkumi kerja-kerja tanah serta pembinaan jalan raya akan dilakukan kemudian manakala tender bagi pakej tersebut akan ditawarkan dalam masa terdekat.


Source: Utusan Online

Related Posts with Thumbnails